Berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dengan Set Kesuburan Shaklee

Posted on December 18, 2012

0


Setiap daripada kita pasti inginkan cahaya mata tanda ikatan kasih antara suami dan isteri. Bahkan bukan itu sahaja. Kehadiran anak-anak adalah bersama dengan rezeki juga banyak lagi kelebihan-kelebihan lain. Ada petunjuk yang jelas berkenaan kelebihan dan keistimewaan zuriat atau anak.
Ini dibuktikan bagaimana sejarah para Anbiya’ (‘Alaihimus Salam) yang dirakamkan di dalam ayat-ayat Al-Quran, berdoa dengan penuh pengharapan agar diberikan zuriat, sebagai penyambung keturunan.
Firman Allah (Surah Al-Anbiya’, 89):
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (diserahkan segala urusan kepadaMU) .
Firman Allah (Surah Ali Imran, 38):
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”

Namun tidak semua di antara kita yang bernasib baik. Dapat menimang cahaya mata seperti yang didambakan. Sesetengah daripada kita terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk bergelar seorang ayah mahupun ibu. Beruntunglah bagi mereka yang sebaik sahaja mendirikan rumahtangga terus berhasil untuk memperolehi zuriat. Namun walau kita bukan berada di dalam golongan mereka yang beruntung itu, kita digalakkan untuk berusaha.

Banyak cara yang boleh kita lakukan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Antaranya anda boleh menggunakan pelbagai kaedah rawatan moden yang ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut kemampuan anda. Alternatif  lainnya anda boleh mencuba Set Kesuburan Shaklee.

Set Kesuburan Shaklee untuk wanita:

Vita-Lea, B Complex, Vita-C Plus, Alfalfa dan GLA Complex.

Set Kesuburan Shaklee untuk lelaki:

Vita-Lea, B complex, Vita-C Plus dan Zinc Complex.

Vita-Lea atau Multivitamin dan Multimineral akan membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekatannya ialah dengan bertindak memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita disebabkan oleh keperluan vitamin/mineral yang tidak mencukupi dari diet seharian kita. Fungsinya pasti berkurangan jika badan tidak dibekalkan dengan nutrien secukupnya.

Vitamin B Complex pula penting bagi mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita-C pula bertindak sebagai pembina dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal-hal organ kewanitaan dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan masalah seperti keputihan dan banyak lagi faedahnya.

 GLA Complex – Special utk KESUBURAN wanita
 Zinc Complex – Special untuk KESUBURAN lelaki

GLA Complex memainkan peranan penting untuk isteri dalam set kesuburan ini manakala Zinc Complex pula memainkan peranan pentingnya untuk kesuburan suami. Bagaimana kedua-dua ini berfungsi dan apakah kaitan di anatra keduanya?
GLA Complex akan membantu tubuh menghasilkan sejenis ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan daripada nutrien-nutrien di atas akan membantu anda dan pasangan untuk mendapatkan cahaya mata. InsyaAllah jika diizinkanNYA. Terus berusaha disertakan dengan doa semoga dipermudahkan olehNYA.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“…dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: ‘Jadilah’. Lalu jadilah ia.” (Surah al-Baqarah, ayat 117).

Hubungi saya untuk memiliki produk ini dan juga produk-produk shaklee yang lain.

Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: https://priorityisyou.wordpress.com/
♥ FanPage: http://www.facebook.com/pages/Jom-Sihat-Dan-Cantik/

Advertisements
Posted in: Set Kesuburan