Healing Crisis – Petanda buruk atau sebaliknya

Posted on January 10, 2013

0


Healing Crisis (Krisis Penyembuhan) juga dikenali sebagai “Herxheimer Reaction” adalah keadaan di mana tubuh badan mula memberikan tindakbalas terhadap sesuatu jenis rawatan yang diterima. Keadaan ini menyebabkan proses pembuangan toksin berlaku. Toksin yang berada di dalam badan akan di detox keluar.

Tindak balas yang berlaku menunjukkan bahawa proses penyembuhan sedang berlaku dan badan sedang bertindak membuang segala kekotoran, toksin dan ketidakseimbagan dari dalam. Setiap orang akan mengalami simptom-simptom yang berbeza bergantung kepada jumlah toksin yang ada di dalam badan. Namun ia adalah bersifat sementara dan akan hilang. Ia juga boleh berlaku dengan serta-merta, atau dalam masa beberapa hari, atau bahkan beberapa minggu selepas rawatan diterima atau dimulakan. Walau bagaimanapun ada juga yang langsung tidak mengalami keadaan seperti yang dinyatakan

Gejala biasanya akan berkurang dalam tempoh dua hingga tiga hari tetapi adakalanya ia akan berlanjutan dalam beberapa minggu.

Simptom-simptom biasa ‘Healing Crisis’ yang berlaku adalah loya, muntah, cirit-birit (diarrhea), berpeluh pada waktu malam, peningkatan tekanan darah, gelisah (restlessness), kurang tidur (insomnia), sakit kepala (yang dipercayai kesan daripada toksin yang banyak berkumpul di dalam darah), sinus (sinus congestion), demam, kerap membuang air, gatal-gatal, ruam, sakit sendi, kekejangan otot (muscle cramps or pain), emosi terganggu (strong emotions or mood swings) dan keletihan melampau (extreme fatigue).

Cara yang paling baik untuk menghilangkan ‘Healing Crisis’ adalah dengan meminum air masak dalam kuantiti yang banyak untuk mengepam toksin keluar dari badan. Sesetengah pakar mengatakan bahawa air suling adalah yang terbaik. Minum air 2-4 liter sehari.

‘Healing crisis’ bukan petanda buruk sebaliknya ia bermakna badan anda sedang melalui proses pemulihan diri.

Healing Crisis: Simptom dan Kemungkinannya

Healing Crisis blog

Saya adalah Shaklee Idependent Distributor. Hubungi saya jika anda berminat untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee.

Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: https://priorityisyou.wordpress.com/
♥ FanPage: http://www.facebook.com/pages/Jom-Sihat-Dan-Cantik/

Advertisements
Posted in: Healing Crisis, Info