Influenza – Melatih Sistem Imun Melawan Selsema

Posted on January 17, 2013

0


Perubahan cuaca yang tidak menentu tidak dinafikan memberikan kesan kepada kesihatan tubuh. Influenza misalnya merupakan antara penyakit yang paling kerap menyerang. Merupakan infeksi pada sistem pernafasan, influenza boleh menyebabkan pelbagai gejala mulai daripada batuk kering, sakit tekak, mual, muntah dan kehilangan nafsu makan.

Penyakit influenza sangat mudah menular kerana ia disebarkan menerusi udara. Meski istirehat dan mengambil cecair adalah terapi berkesan untuk penyakit ini, namun pencegahan masih merupakan kaedah tetap yang terbaik. Melatih kekebalan tubuh akan membantu tubuh melawan virus influenza. Caranya ialah dengan:

Langkah 1:

bawang putih
Tambahkan potongan bawang putih segar ke dalam sup. Kajian mendapati bawang putih akan meningkatkan sistem imun, selain itu kandungan alicin dalam bawang putih mengandungi komponen antivirus.

Langkah 2:

buah

Konsumsi makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti kiwi, strawberi, oren, nanas, atau anggur. Vitamin C akan meningkatkan sistem imun dan melindungi tubuh dalam melawan infeksi. Vitamin ini juga memberi perlindungan daripada kerosakan radikal bebas.

Langkah 3:

suplemen

Bila anda mengonsumsi suplemen secara rutin, cubalah memilih yang mengandungi ginkgo biloba. Herba yang berasal dari Cina ini deketahui meningkatkan sirkulasi tubuh. Sirkulasi tubuh yang lancar akan membantu penghantaran vitamin dan mineral yang diperlukan.

Langkah 4:

tiram

Lindungi tubuh daripada serangan virus dengan mengambil tiram. Kandungan mineral zink dalam makanan laut yang identik dengan afrodisiak ini juga memiliki efek antivirus.

Langkah 5:

spinach

Selalu ingat nasihat ibu untuk rajin makan sayuran. Salah satu sayuran yang disyorkan untuk meningkatkan kekebalan tubuh adalah bayam. Kandungan asid foliknya akan memicu produksi sel-sel baru dan memperbaiki DNA. Sayuran hijau ini juga kaya vitamin C, serat, dan antioksidan. Cuma, elakkan memasak bayam terlalu lama untuk mendapatkan manfaat optimum.

Petikan dari: Penawar Dapur, iSIHAT Jan 2013

Advertisements
Posted in: Info