Anda sebenarnya MAMPU. Tapi…..

Posted on February 13, 2013

0


Isu harga mahal sering dikaitkan dengan produk Shaklee tanpa membuat perbandingan yang sewajarnya. Atas dasar “APA” ia dilabelkan mahal saya tidak pasti. Dulu saya sering disogokkan dengan istilah MAHAL ini bila bertanyakan tentang produk Shaklee sehinggalah saya sendiri terbuka hati dengan sendirinya untuk mencuba produk Shaklee.

Setelah terjebak dengan Shaklee baru saya sedari. Jahilnya saya dulu tentang produk Shaklee sehingga menerima bulat-bulat dan menelan terus perkataan MAHAL yang dilabelkan untuk Shaklee. Silap saya juga kerana tidak pernah bertanya pada yang sepatutnya.

Anda sebenarnya mampu untuk mengambil produk Shaklee tapi kesilapan nyata anda [juga saya suatu ketika dulu] kerana :-

  1. tidak bertanya
  2. tidak selidik dan membuat perbandingan
  3. mendengar cakap-cakap orang

Sebagai contoh awal. Semasa melahirkan anak pertama dan kedua saya mengamalkan pengambilan jamu. Beli satu set pun dah hampir cecah RM200. Itu pun jenama Puteri Rembulan kalau tak salah saya. Saya tak berapa ingat kerana saya tidak pernah menghabiskan jamu-jamu iti dan ia merupakan satu pembaziran. Anak saya semuanya ada jaundice setelah dilahirkan. Bila dah ada jaundice dah sah-sah tak boleh ambil jamu kan. Bila dah tertangguh untuk makan lama-lama datang sifat malas. Sudahnya jamu sekadar untuk JAMU MATA sahaja. Itu saya. Orang lain saya tak tahu ya.

Berbalik kepada kisah jamu. Kalau ada sesiapa yang mengambil set bersalin Nona Roguy tentu maklum akan harganya. Paling murah boleh dapat dalam range harga RM280 – RM290. Harga bukan ahli boleh cecah RM365. Untuk memberikan gambaran yang jelas sila rujuk jadual di bawah di mana saya telah membandingkan beberapa jenama terkenal untuk produk yang biasa diambil selepas bersalin termasuk Shaklee.

Jenama

Set Berpantang Shaklee

Set Ibu Menyusu Shaklee

Set Bersalin Nona Roguy

Set Bersalin Amway

Set Bersalin Sendayu Tinggi

Harga

RM241

RM225

RM365

RM300

RM207

Kegunaan

Lebih dari 2 bulan

Lebih dari 2 bulan

Dalam tempoh berpantang

Dalam tempoh berpantang

Kegunaan 60 hari

Perhatikan betul-betul dan sekarang adakah anda masih fikir Shaklee adalah produk yang mahal. Tidak sebenarnya dan anda mampu untuk mendapatkannya. Sayangnya saya menyedari hakikat ini agak terlambat. Apabila melahirkan anak ketiga baru saya cuba untuk beralih kepada alternatif lain selain daripada pengambilan jamu. Untuk anak ketiga ketika dalam pantang saya tidak mengambil sebarang produk. Setelah habis tempoh berpantang baru saya tercari-cari cinta hati saya dan akhirnya saya mencuba ESP dan Set Ibu Menyusu Shaklee. Nyata sekali saya menyukai dan amat berpuas hati.

Seterusnya saya akan tunjukkan pula perbandingan harga vitamin C Shaklee dengan beberapa jenama lain yang ada di pasaran. Sila lihat pada jadual di bawah.

Jenama

Shaklee

Blackmore

Kordel’s

Harga

RM92.50

RM71.90

RM145.00

Kuantiti

180 tab

90 tab

150 tab

Harga untuk sebiji vitamin C

0.51 sen

0.80 sen

RM1

Kegunaan [jika diambil sebiji sehari]

6 bulan

3 bulan

5 bulan

Melalui jadual di atas jelas menunjukkan harga untuk vitamin C Shaklee lebih murah daripada jenama terkenal yang ada di pasaran. Harganya kompetitif dan yang penting ia adalah dihasilkan secara semulajadi berbanding produk lain yang kebanyakkan ada di pasaran adalah vitamin sintetik.

Ada juga di antara kita yang tertipu dengan membeli vitamin C yang telah di packing dan di jenamakan semula. Harganya jauh lebih mahal [harga di antara RM0.90 hingga RM1.40 sebiji] walhal ia sebenarnya dalah vitamin C Shaklee. Mengapa pilih yang mahal sedangkan sebotol vitamin C Shaklee hanya berharga RM92.50.

Anda perlu tahu walaupun produk Shaklee dihasilkan secara semulajadi tetapi anda masih mampu untuk mendapatkannya. Secara dasarnya vitamin semulajadi sepatutnya lebih mahal kerana ia perlu melalui pemprosesan yang rumit serta kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding dengan vitamin sintetik untuk memastikan khasiat semulajadinya terpelihara.

Dan ini pula saya petik dari blog Mama Cery

“Maybe ada yang kata.. ohh takpelaa MamaFaiz tokey vitamin.. kaya bolehla bli vitamin… saya sengih je.. bab kaya tu nnt saya aameenkan…  Bagi saya.. vitamin Shaklee adalah vitamin berkualiti yg mampu dimiliki oleh majoriti rakyat Malaysia….. Saya bagi contoh Mealshake.. setin tu tahan dlm 4bulan kalau Faiz seorang……. so purata dlm RM25 sebulan..  Vitamin C Chewable pula sbotol ada 90bj… kalau amik sehari sebiji.. so sbotol tu utk 3bulan.. so purata sbulan lebih kurang RM10…. hmm…Kira sebulan purata dlm RM50 sahaja untuk makanan tambahan anak2….. agak2 mampu tak… Kalau bleh bli baju sepasang dah RM50… atau let say… pergi makan kat kedai or pizza or ape2 je la. sekali byr dah bape RMXXX…  takkan nak berkira jika nak keluarkan Rm30-RM50 utk vitamin anak..kan.. kann. Jadi bg saya.. ni bukan soal mampu atau tidak.. tapi sbb ramai ingat vitamin Shaklee mahal… sila lihat balik… mahal compare to what brand? Sila bandingkan dgn brand yg setara kualitinya yaaaa.. Bagi saya harga Vitamin Shaklee setanding dgn kualiti… yes mahal sbb kualitinya 1st class.. tapi mahal disini tak bermaksud harga yg tinggi melampau…. sebaliknya ianya mampu milik bagi semua rakyat Malaysia…  InsyaAllah…suplemen untuk kanak2 umpama pelaburan jangka masa panjang yg berbaloi.. Health is Wealth…Siapa yg taknak lihat si kecil yg pintar dan sihat.. betul tak…better late than never…”

Sekarang terpulang untuk anda membuat penilaian sendiri. Tepuk dada tanya hati anda [jangan tepuk kuat-kuat nanti yang sakit dada anda bukan saya – hehehe sambil ketawa malu-malu]. Perkongsian ini semoga dapat membuka mata anda serta menjauhkan anda dari tanggapan salah sebelum ini dan terus melabelkan Shaklee adalah produk yang MAHAL seolah-olah anda langsung tidak berpeluang untuk menikmati kebaikan vitamin Shaklee.

Saya akui ada beberapa produk Shaklee yang boleh dikategorikan agak mahal harganya. Antaranya ialah Collagen Powder, Vivix, dan NutriFeron tetapi ia setanding dengan nilai, khasiat dan kebaikannya kepada anda.

Mulai hari ini, sebagai LANGKAH PERTAMA tukar mind set anda. Produk Shaklee tidak semuanya MAHAL tetapi amat berbaloi dengan nilai wang yang anda belanjakan. Ia semulajadi, HALAL, dijamin berkesan, melalui kajian klinikal dan terbulti secara klinikal. Anda boleh dapati lebih daripada 100 bahan saintifik, yang 90 daripadanya diterbitkan dalam journal peer-review yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee secara bercetak.

LANGKAH KEDUA setelah menukar mind set anda adalah bertanya kepada distributor Shaklee yang berdaftar harga untuk setiap produk yang ditawarkan. Kalau tak tanya bagaimana anda boleh katakan ianya MAHAL. Tak adil bukan.

LANGKAH AKHIR anda perlu membuat perbandingan secara adil dan setara baru anda akan nampak perbezaannya. Pilihan ada di tangan anda. Jadilah pengguna bijak. Kelebihan ada pada anda untuk memilih yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Penafian:

*This statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.  This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya:-

Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

Advertisements
Posted in: Info, Kenali Shaklee