Basic H Shaklee yang menceriakan hidup saya

Posted on March 13, 2013

0


Entry sebelum ni saya dah perkenalkan apa itu Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate dan apakah kegunaannya. Dan kali ini pula saya nak share pengalaman saya menggunakannya.

Emmm… Betul ke Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Kalau anda tanya saya. Jawapan saya ialah YA.

Saya menggunakan Basic H²™ untuk mop lantai, mencuci kereta, spray pada pokok bunga dan tanaman saya seperti cili juga daun kari dengan tujuan untuk menyahkan semut yang suka sangat menjadikan pokok-pokok saya sebagai playground diaorang. Hehehe….

Baby saya ada masalah ekzema. Saya mandikan dia dengan Basic H²™ dan sapu Herba Blend [yang ni saya akan ceritakan lebih lanjut dalam entry yang akan datang] pada ekzema. Alhamdulillah berkesan. Dengan izin Allah jua ia dah semakin sembuh.

Apa yang paling saya suka tentang Basic H²™ ini ialah ia dapat menyelesaikan masalah saya untuk menanggalkan kekotoran pada baju anak-anak saya. Biasalah budak-budak kalau makan suka lap pada baju. Mesti comot kan. Lebih-lebih lagi kalau makan coklat atau ice cream. Macam anak lelaki saya dia suka sangat makan bihun dan mee goreng basah. Untuk menyenangkan saya untuk tidak berpenat lelah mencuci kekotoran di baju anak saya itu, saya tanggalkan bajunya sebelum makan. Itu kalau kat rumah la. Tapi kalau makan kat luar tak kan nak buat macam tu. Hahaha nanti apa pula kata orang-orang di sekeliling kan. Lebih ralat kalau baju itu baru aje sekali dipakai. Senang cite baju baru. Dah ada kesan kotoran. Kalau warna putih saya letak CLOROX senang skit. Tapi kalau baju yang berwarna saya rendam dengan VANISH. Walaupun direndam berhari-hari dan disental namun kesannya masih ada. Pernahkan anda mengalami situasi yang sama seperti itu.

Alhamdulillah itu bukan lagi menjadi satu masalah pada saya. Pada mulanya saya hanya mencuba Basic H²™ ke atas kesan kuah kari yang ada pada pyjamas anak saya. Saya letak setitik Basic H²™ kemudian menyapu ke seluruh kawasan yang terkena kari tadi. Saya sental sedikit. Kemudian bilas bersih. Saya kecewa kerana kesannya masih ada. Namun saya tetap menjemurnya. TETAPI alangkah terkejutnya saya ketika sesi menggangkat kain. Saya dapati kesan kari pada baju anak saya telah hilang.

Keesokkannya pula saya buatkan mee goreng basah untuk sarapan pagi. Kali ini saya tidak membuka baju anak saya ketika makan kerana saya ingin menjadikannya eksperimen kali kedua saya menggunakan Basic H²™ untuk menanggalkan kotoran. Langkah mencuci sama seperti sebelumnya dan kesan kuah mee masih lagi ada selepas baju dibilas bersih namun kesan itu hilang setelah baju tadi kering.

Hari minggu yang lepas saya balik kampung. Bukan keseronokkan berada di kampung yang nak saya kongsikan dengan anda tetapi bagaimana Basic H²™ menyelamatkan baju yang ummy saya ingin bawa untuk mengerjakan umrah. Ketika ummy sedang mengemas baju-baju yang ingin dibawa ada sehelai baju yang terkena tumpahan dakwat berwarna hitam. Baju itu pula berwarna putih. Ummy saya pula tidak perasan bila ia berlaku. Kesan itu pula telah kering. Ummy saya mengambil baju itu dan merendamnya dengan CLOROX tapi kesan itu tidak dapat dihilangkan. Kemudian saya teringat Basic H²™ yang saya bawa balik untuk ummy saya. Saya ajar dia macam mana nak gunakannya. Tak perlu banyak. Cukup hanya setitik sahaja. Alhamdulillah kesan dakwat itu dapat dicuci.

Kini saya tidak ragu-ragu lagu untuk menggunakan Basic H²™ sebagai penyelamat kepada cucian saya. Anda juga boleh buktikannya sendiri.

Bagaimana saya menggunakan Basic H²™ untuk kegunaan lain.

Mop lantai
Untuk separuh baldi air saya hanya gunakan 2 titik Basic H²™. Boleh terus mop dan tidak perlu dibilas. Hasilnya lantai bersih dan tidak melekit.

Mencuci kereta
Sama seperti mop lantai. Saya menggunakan 2 titik Basic H²™ untuk separuh baldi air. Celupkan kain yang digunakan untuk mencuci dan gosok pada kereta. InsyaAllah anda akan berpuas hati dengan hasilnya. Setelah mencuci anda boleh untuk membilasnya atau sebaliknya. Apa yang saya lakukan hanya mencuci dan tidak membilasnya.

Semburan pada pokok.
Sebotol spray yang kecil yang biasa digunakan untuk membuat semburan pada pokok saya gunakan dalam 2 – 3 titik Basic H²™. Gongcang terlebih dahulu sebelum digunakan. Saya baru melakukannya dua kali pada pokok-pokok bunga dan tanaman yang ada di rumah saya. Kesannya semut-semut yang suka akan pokok-pokok orkid dan cili saya telah berkurangan. Apa yang paling ketara serangga yang suka memamah daun kari saya sudah tidak ada lagi. Kini ia mula tumbuh dengan daun-daun baru yang kehijauan.

birthday_ereen_8yrs_old 384
Daun kari yang mula mengeluarkan daun-daun baru. Sebelum ini saya telah memotong dahan-dahan yang diserang serangga

birthday_ereen_8yrs_old 387
Pokok cili yang mula mengeluarkan hasilnya lebih banyak daripada kebiasaan

Merawat ekzema
Saya campurkan setitik Basic H²™ ke dalam air mandian anak saya. Saya tidak memandikan anak saya setiap hari dengan Basic H²™. Cuma 3 hari sekali saya melakukannya. Alhamulillah dengan izin Allah ia berkesan ke atas anak saya.

Penafian:

*This statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.  This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya:-

Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

Advertisements
Posted in: Basic H