Sering BATUK? Anda mungkin dalam bahaya

Posted on March 15, 2013

4


Batuk adalah perkara normal. Walaupun begitu, terdapat beberapa jenis batuk yang tidak boleh dipandang ringan. Batuk boleh menjadi petanda kemungkinan kita menghidap sesuatu penyakit.

Bagaimana agaknya mahu membezakan batuk biasa dengan batuk penyakit.

batuk

Batuk pada waktu malam dan berlendir. Suara menjadi serak.
Anda mungkin menghidap asma. Anda harus segera mendapatkan rawatan dengan inhaler.

Batuk yang menyebabkan tekak kering, berkahak dan sengau
Keadaan ini mungkin disebabkan alergi atau jangkitan sinus. Segera berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada ia sinus atau batuk biasa. Jika anda positif sinus, doktor mungkin memberi anda ubat antibiotik.

Batuk selepas minum ubat
Sesetengah orang mempunyai alahan dengan beberapa jenis ubat. Sekitar lima daripada 10 orang akan mengalami batuk yang kering apabila mengambil ubat.

Batuk disertai sesak nafas
Anda mungkin mempunyai masalah dengan paru-paru kerana tabiat merokok. Ujian x-tray mungkin dijalankan apabila anda mendapatkan rawatan daripada doktor.

Batuk dan sakit pada bahagian perut
Situasi ini mungkin simptom Gastroesophageal reflux disease (GERD). Bagi mengatasi masalah ini, segeralah berjumpa dengan doktor.

Batuk teruk serta tubuh letih, sakit dada, suara serak dan sesak nafas
Batuk begini mungkin gejala paru-paru. Segeralah ke hospital untuk menjalankan ujian x-tray, imbasan CT, dan pemeriksaan darah.

3 JENIS BATUK UMUM

Tidak berkahak (unproductive)
Batuk ini kering, dalam dan keras. Tiada kahak dan ia berlaku disebabkan jangkitan virus. Walaupun begitu ia tidak berlanjutan dan boleh baik dengan sendiri.

Berkahak (productive)
Kahak biasanya berwarna hijau kekuningan mahupun keperangan. Kadang-kadang ada darah pada kahak. Ia menandakan berlakunya jangkitan pada bronkitis atau pneumonia.

Krup
Batuk ini menghasilkan bunyi yang kuat dan kasar. Sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kerana kesukaran bernafas.

BILA MAHU JUMPA DOKTOR?

  • Apabila batuk anda melebihi tempoh dua minggu.
  • Mula rasa sakit pada bahagian dada setiap kali batuk.
  • Kahak berlendir dan mempunyai warna yang pekat atau disertai dengan darah.
  • Kesukaran bernafas.
  • Batuk yang berulang-ulang pada waktu malam.
  • Masih tidak sembuh walaupun sudah mengambil ubat.

Sumber: Majalah RAPI

Advertisements
Posted in: Info