Telur punca Sakit Jantung?

Posted on April 24, 2013

1


Telur tinggi kandungan kolestrol dan anda akan diserang sakit jantung jika sering makan ‘haiwan’ bercengkerang ini. Bohong!

telur

Persatuan Jantung Amerika telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sukatan spesifik yang disarankan ke atas individu terhadap pengambilan telur. Bermakna dalam seminggu, anda boleh menikmati hidangan berasaskan telur sekerap mana pun tanpa perlu bimbang kesan sampingannya.

Sementara itu, sebuah kajian mengenai fakta diet dan mitos yang diterbitkan dalam Harvard Heart Letter oleh penerbit Sekolah Perubatan Harvard mendapati, tiada kaitan antara tabiat makan telur dengan kesannya yang didakwa boleh menyebabkan sakit jantung!

Sebaliknya telur adalah sumber nutrisi yang baik. Sebiji telur mengandungi enam gram protein dan lemak tepu yang sihat. Telur juga kaya dengan sumber kolina, sejenis vitamin B kompleks yang dikaitkan dengan kekuatan memori serta lutein dan zeazantin yang membantu fungsi mata.

Bagaimanapun, berhati-hati dengan kaedah penyediaan hidangan berasaskan telur. Hidangan sebiji telur boleh berubah kandungan nutrisinya mengikut kaedah memasak kerana faktor bahan sampingan yang digunakan sebagai contoh minyak masak dan mayones yang tinggi kandungan lemak.

Gizi Menu Telur 

Kaedah Memasak

Saiz Hidangan

Tenaga

Lemak

Telur rebus

1 biji

70 kcal

4.9 gm

Telur ½ masak

1 biji

80 kcal

5.6 gm

Telur mata kerbau

1 biji

100 kcal

7.7 gm

Telur dadar 1 potong

20 gm

60 kcal

5.0 gm

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Advertisements
Posted in: Info