Shaklee VIVIX testimonial

Posted on June 12, 2013

0


Pada 27 Mei yang lalu saya telah menjalani minor surgery untuk membuang ketulan di bahagian siku yang dipercayai samada ia adalah LIPOMA atau GANGLION. Keputusan belum lagi diketahui kerana masih menunggu laporan dari makmal.

Ekoran dari pembedahan ini juga saya ingin kongsikan dengan semua bagaimana saya membuat keputusan untuk mencuba VIVIX walaupun sebelum ini saya sudah sedia maklum bahawa ibu menyusu boleh mengamalkan pengambilan VIVIX dan ia tidak akan memudaratkan ibu juga kepada bayi yang disusui.

Hari ke 4 selepas pembedahan, adik ipar saya [seorang jururawat yang bertauliah] telah mencuci luka dan membuatkan balutan baru dan proses yang sama diulang kembali pada hari ke 6. Luka dicuci namun kali ini ia tidak lagi dibalut dengan plaster.

Pada 05 Jun saya telah membuat rawatan susulan dengan doktor pakar yang telah membuat minor surgery ke atas saya. Ketika ini jahitan telah dibuka namun malangnya di bahagian tengah-tengah masih belum pulih. Dapat dilihat dengan jelas kedua-dua belah bahagian kulit tidak bertangkup sepenuhnya. Dan doktor telah membuat keputusan untuk membiarkan dua jahitan di bahagian tengah bagi memastikan ia bertangkup terlebih dahulu.

Ketika jahitan dibuka nurse sempat berpesan pada saya. Katanya, “akak, makan kena pantang tau baru luka cepat baik.” Sebelum balik pun dia berpesan perkara yang sama kepada saya.

gambar kat fb_1

06 Jun, saya mula terfikir bagaimana saya nak uruskan rumahtangga dengan dua orang anak kecil yang sedang lasak jika tangan saya lambat sembuh. Lebih merungsingkan saya adalah kerana ia berlaku pada tangan kanan di mana ia merupakan anggota utama saya untuk membuat kerja.

Silap saya juga, sebaik sahaja dibenarkan keluar selepas pembedahan saya keluar makan dengan suami sebelum pulang ke rumah. Destinasi kami ialah OLD TOWN dan menu yang menjadi pilihan saya ialah Spring Noodles with Chicken Sausage & Egg. Perasan tak di mana silap saya.

Dah tau baru lepas pembedahan tapi saya bedal makan telur. Lapar sangat la kononnya sebab saya harus berpuasa bermula pada pukul 6 pagi sebelum pembedahan dilakukan. Pihak hospital pula hanya membenarkan saya keluar pada pukul 4.30 petang.

Dalam fridge ada VIVIX. Suami saya yang makan. Malam itu, saya nekad untuk mencubanya. Saya akan pantau penyusuan Sofea samada dia boleh terima VIVIX atau tidak. Alhamdulillah Sofea tetap menyusu seperti biasa dan saya gembira. Lebih gembira apabila keesokkannya ketika saya sedang mengambil wuduk untuk solat subuh, saya dapati luka jahitan sudah bertangkup sepenuhnya.

Saya tunjukkan kepada suami dan dia juga mengatakan hal yang sama. Memang excited. Malamnya saya ambil lagi sesudu kecil VIVIX sebelum tidur dan saya berdoa semoga tangan saya cepat sembuh. Lihat gambar di bawah. Bagaimana ia mengembirakan saya.

gambar kat fb_2

Boleh dilihat perubahan yang ketara dan ia bertambah baik. Dan pada hari ke 3 setelah mengambil VIVIX saya telah ke klinik yang berdekatan dengan rumah saya untuk membuka dua jahitan yang ditinggalkan sebelum ini.

gambar kat fb_3

Setelah kesemua jahitan dibuka dan ia semakin pulih. Proses pemulihan yang berjalan lancar.
gambar kat fb_4

Saya sungguh gembira dengan hasilnya dan sekarang saya sedang fokuskan untuk hilangkan parut yang sungguh tidak cantik itew.

gambar kat fb_5

Gambar terkini 12.06.2013 dan malam ini saya ada temujanji dengan doktor pakar. Sebarang info terkini akan saya kongsikan pada entry yang akan datang.

Penafian:

*This statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya:-

Ina Eryna
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887916 ]
♥ Contact No: 019 263 2602
♥ Emel: iroslina@gmail.com
♥ Laman web: Priority is YOU
♥ FanPage: Jom Sihat dan Cantik

Advertisements
Posted in: Vivix