Ubi Kentang: Khasiatnya Mengagumkan!

Posted on July 9, 2013

0


Ramai berasa bimbang untuk mengambil ubi kentang dalam menu makanan harian. Ini kerana ubi kentang sering dianggap punca kegemukan. Benarkah kentang boleh menyebabkan berat badan bertambah? Jom semak khasiat kentang.

ubi kentang

ツ FAKTA TENTANG KENTANG:

✹ Jumlah lemak ubi kentang adalah di bawah paras 25 peratus. Di samping itu kentang membekalkan kabohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah. Maka sebab itulah kentang dikenali sebagai bahan makanan yang bebas kolestrol.

✹ Kentang terdiri daripada pelbagai warna antaranya ialah merah, biru, ungu dan perang. Kepelbagaian warna ubi kentang membuatkan ia mengandungi pigmen anthocyanins yang merupakan agen antioksidan hebat dan membantu melindungi serangan penyakit.

✹ Hasil kajian yang telah dibuat menunjukkan salah satu sumber makanan yang kaya antioksidan dalam diet manusia adalah ubi kentang.

✹ Dalam piramid makanan, dua biji ubi kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.

✹ Hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang diketahui menjadi sumber lemak, meningkatkan kolestrol, menyebabkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti. Hakikatnya, bukan ubi kentang yang menentukan sama ada ia baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana ia disediakan untuk dimakan.

✹ Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang. Olahannya perlu tepat agar ia membawa kebaikan kepada kesihatan.

✹ Ubi kentang tidak menggemukkan. Mentega atau krim yang dicampurkan ke dalam makanan atau cara memasak ubi kentang yang memberikan tanggapan salah bahawa makanan itu boleh menyebabkan masalah berat badan.

✹ Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gm) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberikan sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian vitamin C yang disyorkan untuk seorang individu.

ツ KHASIAT UBI KENTANG

✰ Sebagai penawar racun berlebihan yang semulajadi. Kentang membantu pertumbuhan bakteria dalam saluran pencernaan tubuh. Kandungan garam alkali menjadikan kentang sebagai salah satu makanan yang dapat menjaga kadar alkali dalam tubuh.

✰ Kentang mempunyai banyak khasiat. Di antaranya ialah potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

✰ Kandungan potassium kentang adalah dua kali ganda lebih daripada kandungan potassium dalam pisang. Jumlah lemaknya di bawah 25 peratus sehingga dapat menghalang endapan kolestrol di dalam lapisan saluran darah. Kentang amat sesuai bagi individu yang mengalami kekurangan gula dalam darah.

✰ Kentang merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi.

✰ Kentang juga boleh memutih dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan kesihatan tetapi juga kecantikan. Kandungan potassium dan vitamin C pada kentang sangat sesuai untuk perawatan kulit seperti wajah berminyak dan berjerawat.

✰ Di dalam kentang terdapat lysine yang sangat penting dalam pertumbuhan badan dan otak. Dengan kentang kita dapat memperolehi vitamin C secara mudah. Vitamin C di dalam kentang tidak hilang setelah masak kerana ia dikelilingi oleh sari pati.

✰ Kentang mempunyai khasit yang membuatkan mata letih kembali bersinar serta dapat menghilangkan bengkak pada mata. Parutlah sebiji kentang lalu masukkan ke dalam kain nipis yang bersih (kain kasa atau kain kapas) dan tekapkan perlahan-lahan pada bahagian kelopak mata.

✰ Ubi kentang di kenali sebagai makanan yang bebas gluten. Gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.

✰ Pesakit yang menghidap gangguan gastrousus amat sesuai memakan kentang kerana kentang dinyah hidrat. Ianya sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten. Mungkin sebab itulah kentang sesuai untuk semua peringkat umur malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.

✰ Kandungan potassium yang tinggi dalam kentang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

✰ Ubi kentang mempunyai indeks kekenyangan yang tinggi. Jadi memakan kentang boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

✰ Kentang adalah ubi yang sesuai untuk sebarang amalan diet. Oleh itu sesiapa yang ingin berdiet, boleh mencuba kentang. Pastikan cara olahannya betul.

ツ KANDUNGAN NUTRISI DALAM KENTANG:

Berat kentang lebih kurang 100 mg

Tenaga

83 kcal

Protein

2 gm

Lemak

0.1 gm

Karbohidrat

19.1 gm

Kalsium

11 mg

Fosfor

56 mg

Zat besi

1 mg

Bahagian kentang yang boleh dimakan

(Bdd / Food Edible = 85 peratus)

Kandungan vitamin dalam kentang:

Vitamin A

0 1U

Vitamin B1

0.11 mg

Vitamin C

17 mg

Advertisements
Posted in: Info