Ketahui Keajaiban Ketawa

Posted on May 8, 2014

0


Ketawa merupakan satu cara mudah untuk dilakukan berbanding menangis. Selain memberi kepuasan yang ajaib, ia secara tidak langsung mencipta satu situasi yang menyenangkan. Malah dikatakan juga bahawa ketawa mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang menjadi lebih baik dari sebelumnya.

ketawa

Ketika anda sedang ketawa, tanpa disedari gas oksigen sedang bertambah seterusnya hormon endorphin dibebaskan di mana itulah ejen yang membuatkan anda rasa bahagia. Antara manfaat lain yang boleh diperolehi dari ketawa ialah:

:: Kurangkan Stres ::

Sekiranya anda dalam keadaan tertekan, cara paling mudah untuk hilangkannya adalah dengan ketawa. Mana tidaknya, hormon endorphin yang dibebaskan di dalam tubuh banyak membantu anda merasa lebih bahagia dan gembira.

:: Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh ::

Tekanan dan aura negatif yang terdapat di dalam badan sebenarnya berupaya menurunkan sistem imunisasi. Kesannya, anda mudah terkena penyakit seterusnyamencipta pelbagai keadaa buruk yang lain. Sekiranya anda berpeluang untuk ketawa maka teruskanlah. Ia secara tidak langsung menghalau jauh elemen-elemen negatif yang berupaya merosakkan tubuh.

:: Melancarkan Peredaran Darah ::

Siapa sangka ketawa boleh melancarkan peredaran perjalanan darah dalam badan. Secara tidak langsung, ia sebenarnya mengelak anda dari terkena serangan jantung yang diketahui boleh membawa maut.

► Boleh rujuk artikel ini untuk sedikit pencerahan:

ketawa1

:: Menstabilkan Perasaan ::

Individu yang memiliki keupayaan untuk ketawa biarpun sebenarnya dia sedang diuji denga sesuatu uang buruk adalah individu yang mempunyai kualiti diri yang baik. Ini kerana, mereka mampu ‘bertahan’ dalam pelbagai situasi berpaksikan minda yang positif. Kesan daripada tindakan ini membuatkan mereka bijak megawal tekanan yang mendatang sekali gus memujuk hati agar melakukan tindakan yang waras dan tidak merosakkan.

:: Membakar Kalori ::

Adakah benar ketawa boleh membakar jumlah kalori di dalam badan? Berdasarkan sebuah kajian yang telah dijalankan, sebanyak 10 hingga 40 kalori berjaya dibakar setiap kali seseorang itu ketawa dalam tempoh 15 minit. Mudah bukan menurunkan berat badan. Jadi, tunggu apa lagi. Amalkan.

:: Menambah Kenalan ::

Individu yang mudah ketawa sebenarnya berada dalam persekitiran positif. Pada masa yang sama, mereka juga mudah mendapat kenalan selain menjalin ubungan yang lebih baik dengan kawan-kawan sebelumnya. Berbeza dengan individu yang sentiasa bersedih dan tidak bermaya, mereka ini sukar didampingi lantaran aura negatif yang menyelubungi. Oleh itu, berubahlah menjadi individu yang periang agar anda kelihatan sentiasa positif dan bertenaga.

Advertisements
Posted in: Info