Fakta Tentang Najis Bayi

Posted on October 15, 2014

0


Dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan, bayi akan membuang kotoran pertama berwarna hitam kehijauan atau lebih dikenali sebagai mekonium. Ia adalah cairan ketuban yang tertelan bayi ketika masih dalam kandungan.

MEKONIUM berada di usus bayi semenjak tiga bulan sebelum dilahirkan. Sebenarnya, kotoran pertama ini akan keluar dengan cepat dari perut bayi setelah disusukan. Ini kerana susu ibu yang pertama kali keluar selepas melahirkan akan merangsang sistem pencernaan bayi. Setelah itu, najis bayi akan berubah secara bertahap.

FAKTA

  • Beberapa hari setelah lahir, najis bayi berwarna hijau atau kuning. Ia adalah peralihan antara kotoran pertama dengan najis setelah meminum susu ibu.
  • Jika bayi minum susu ibu secara teratur, kotorannya berwarna kuning cerah, baunya agak masam dan bentuknya seperti butiran beras. Pada minggu-minggu pertama, bayi sering membuang air besar setelah kenyang menyusu. Susu ibu lebih mudah dicerna sehingga mudah dikeluarkan.
  • Bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar maksimum 10 kali sehari. Jangan keliru dengan menganggapnya sebagai cirit-birit.
  • Najis bayi yang minum susu formula berwarna kuning pucat atau kuning kecoklatan. Baunya lebih tajam. Bentuknya juga lebih padat berbanding dengan bayi yang diberi susu ibu. Ini kerana susu formula sukar dicernakan berbanding susu ibu.
  • Setelah mula diberi makanan, warna najis bayi akan berbeza lagi. Biasanya berwarna coklat.

Najis berbeza….. MENGAPA?

Jika kotoran bayi tidak berwarna dan bentuknya tidak seperti kelaziman, ia mungkin terjadi disebabkan perkara berikut. Ada tiga kemungkinan.

1. Cirit-birit: Rupa najis lebih hijau dan cair.

  • Risiko bayi yang diberi susu ibu lebih rendah. Ini kerana susu ibu membantu mencegah pertumbuhan mikroorganisma. Jika terjadi cirit-birit, mungkin kerana susu dimasukkan dalam botol yang kurang disteril.
  • Bayi yang diberi susu formula mudah mendapat cirit-birit. Antaranya kerana alergi terhadap kandungan susu lembu.

2. Sembelit: Keadaan najis agak hitam, keras dan bentuknya bulat-bulat

Sering terjadi pada bayi yang diberi susu formula.

  • Bayi yang sudah mula makan, najisnya berwarna gelap disebabkan oleh zat besi yang berfungsi sebagai vitamin atau suplemen yang ditambahkan pada makanannya.

3. Akibat virus atau gigi tumbuh: Warna najis agak hijau dan berlendir

  • Ini berlaku kerana gangguan penyerapan makanan di usus.
  • Faktor lain disebabkan gigi anak sedang tumbuh. Bayi akan banyak menelan air liur sehingga usus mengalami gangguan.
Advertisements
Posted in: Info