Perawatan Diri & Kecantikan Secara Alami, Murah Dan Berkesan

Posted on October 21, 2014

0


Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, ibarat irama dan lagu mahupun seperti aur dengan tebing juga bagaikan isi dengan kuku. Begitu sinonim dan tidak terasing. Malah ada yang sanggup berhabis duit semata-mata untuk kelihatan cantik. Bahkan bukan itu sahaja, sanggup pula menahan kesakitan dalam sesetengah proses kecantikan yang dilakukan.

Banyak pilihan yang ada untuk merawat diri. Tidak semestinya perlu berbelanja ribuan ringgit untuk kelihatan cantik. Manfaatkan saja sumber alami yang mudah didapati. Bukan saja murah ia juga selama tanpa ada campuran bahan kimia yang adakalanya boleh merosakkan kulit anda.

KETAHUI 9 RAHSIA SUMBER ALAMI UNTUK RAWAT DIRI DAN KECANTIKAN

#1 – Kurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

#2 – Lentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya dan potong dua untuk mendapatkan lendirnya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendir daun lidah buaya pada bulu mata. Amalkan selalu sehingga bulu mata semakin lentik.

#3 – Nyahkan Parut

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. In Shaa Allah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

#4 – Rambut Lembut

Bersihkan secekak kangkung dan masukkan ke dalam bekas yang berisi enam cawan air suam. Ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

#5 – Hilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengerin dan luruh sendiri.

#6 – Hapuskan Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai-kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apanila suam, sapukan pada jerawat. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

#7 – Merawat Senggugut

Tumbuk lumat segenggam halia dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum, dimulai dengan selawat. In Shaa Allah senggugut akan hilang.

#8 – Melebatkan Rambut

Ramas daun bunga raya yang bersih sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta sesudu madu lebah. Gaul sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Kemudian cuci rambut hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

#9 – Kulit Cerah, Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada wajah dan seluruh badan. In Shaa Allah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Ingatlah cantik itu subjektif. Bukan zahir sahaja yang menjadi ukuran. Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Bukan menjadi syarat juga untuk bahagia anda perlu cantik.

Serikan wajah anda dengan membasahinya dengan air wudhuk sekurang-kurangnya lima kali sehari. Untuk kelihatan awet muda pula, hiasi wajah dengan senyuman ikhlas. Manakala untuk bibir yang cantik pula, selalulah memuji-muji Allah dengan menyebut zikir, tidak berbohong, sentiasa menjaga pertuturan, tidak takbur dan menyakiti orang lain.

 

Advertisements
Posted in: Petua, Tips