Kepentingan Supplemen Untuk Tubuh

Posted on October 22, 2014

0


Tubuh yang sihat, cergas dan bebas daripada jenis penyakit adalah nikmat kehidupan. Bagi memperoleh kesihatan yang baik, tubuh memerlukan nutrisi yang cukup dan ia boleh didapati setiap hari. Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Namun begitu, ada kalanya tubuh memerlukan nutrisi ekstra dan pengambilan suplemen boleh memenuhi khasiat yang diperlukan. Walaupun begitu, anda tidak boleh mengambil suplemen sembarangan kerana seandainya tubuh tidak memerlukannya, ia tidak memberikan sebarang manfaat. Di sini perlunya anda bijak mengambil suplemen agar ia memberi kebaikan kepada tubuh, selain mengelakkan pembaziran.

Dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam suplemen, ia memberi banyak kebaikan kepada tubuh. Antaranya:

❥ Meningkatkan Metabolisme Tubuh

Gangguan terhadap metabolisme tubuh akan memberi kesan kepada penyerapan makanan yang kemudiannya akan menurunkan kadar nutrisi yang diterima oleh tubuh. Mengambil suplemen dalam kadar yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme hinggakan tubuh dapat bekerja secara optimum dan menyerap nutrisi yang diperlukan.

❥❥ Penting Untuk ‘Vegetarian”

Bagi mereka yang mengamalkan ‘vegetarian’ pastinya kekurangan zat yang dibekalkan oleh makanan seperti daging dan sebagainya. Mereka telah kekurangan sumber protein, vitamin dan mineral, sedangkan ia penting terhadap tubuh. Dengan pengambilan suplemen, ia sangat membantu memberikan manfaat kepada tubuh dan akan menjalankan peranannya dengan berkesan.

❥❥❥ Meningkatkan Daya Tahan Tubuh

Suplemen seperti vitamin C sangan berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Ia dapat meningkatkan ketahanan badan, sekali gus sebagai antioksidan yang membantu mengatasi kerosakan ke atas otot.

❥❥❥❥ Suplemen Khas Untuk Wanita

Tedapat tiga jenis suplemen yang sangat penting dan berguna untuk wanita terutamanya bagi wanita hamil iaitu:

  1. Zat besi
  2. Asid Folik
  3. Vitamin D
Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sangat berkesan untuk mencegah anemia. Asid folik sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kecacatan pada bayi manakala vitamin D penting untuk mencegah osteoporosis.
Bila Badan Perlukan Suplemen?
 

  • Apabila keletihan dan penat setelah melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga.
  • Apabila tubuh mula merasa sakit, tidak selesa dan mula berasa amat lesu. Keadaan ini memberi isyarat bahawa badan memerlukan suplemen.
  • Ketika terjadi ketidakseimbangan dalam tubuh terutama yang berhubungan dengan sistem metabolisme tubuh.
  • Ketika badan terlalu terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas yang tinggi atau ketika berdepan dengan cuaca buruk.
  • Wanita hamil amat digalakkan mengambil suplemen yang bersesuaian.
  • Pengambilan suplemen perlu dilakukan dari awal lagi untuk hasil yang memberangsangkan.

 

Advertisements
Posted in: Info