Alahan Semasa Mengandung

Posted on February 6, 2015

0


Kehamilan dan masalah alahan memang tidak dapat dipisahkan. Alahan ‘morning sickness’ itu dikaitkan dengan muntah, loya, pening kepala serta perut rasa sebu selain kurang selesa. Ada yang tidak dapat menghidu bau makanan yang dimasak, bauan minyak wangi atau lebih teruk, alah kepada makanan tertentu. Masalah berkenaan dikatakan berlaku pada awal kehamilan dan dianggap beruntung bagi bakal ibu yang tidak mengalaminya.

Begitupun, terdapat banyak cara atau petua bagi mengurangkan alahan berkenaan dan ia sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengatasinya. Antara yang boleh diamalkan adalah pengambilan kurma dan kismis mengikut sekadar yang terdaya.

Kurma adalah makanan mengikut sunnah nabi dan ia dapat memberi tenaga kepada badan. Kurma dan kismis ini juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan. Elak daripada mengambil terlalu banyak makanan jeruk atau masam. Sebaiknya jika teringin, ambil sedikit sahaja.

Selain itu, ambil makanan secara kerap supaya perut tidak dibiarkan kosong. Contoh terbaik, makan sedikit setiap dua jam meskipun tidak berasa lapar. Paling mustahak, elak makanan pedas, berlemak atau bergoreng yang menyebabkan perut tidak selesa. Malah, bakal ibu juga perlu mengelak daripada minum ketika sedang makan. Sebaiknya, minum selepas makan dalam kuantiti berpada, malah ramai pakar perubatan berpendapat, air halia juga dapat membantu mengurangkan alahan.

Jangan lupa minum air masak secukupnya kerana ia dapat menggantikan bendalir badan yang hilang dan mengelakkan sembelit. Elak daripada berada di kawasan panas kerana ia boleh menyebabkan alahan bertambah teruk. Keadaan panas melampau juga boleh menjejaskan kesihatan bakal ibu itu sendiri.

Paling penting, dapatkan tidur secukupnya. Bakal ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup kerana alahan bertambah buruk apabila kepenatan.

Alternatif Lain Untuk Mengatasi Alahan Ketika Mengandung – SET MORNING SICKNESS SHAKLEE

 

morning sickness

 

1. B COMPLEX

Kajian menunjukkan bahawa 1/3 dariapada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ini adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) dan Cobalamin (B12).

Bagi anda yang tidak tahu, B Complex Shaklee mengandungi kesemua Vitamin B yang disebut tadi. Di antara kelebihan Vitamin B Complex ialah:-

  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • Diperlukan dalam pembentukan asid amino.
  • Keperluan untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.

2. PEPPERMINT GINGER PLUS

Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Dihasilkan oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness bagi wanita hamil. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan rasa loya.

Terdiri daripada 4 bahan utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise. Antara kebaikan Peppermint Ginger Plus ialah:-

  • Melegakan senak perut
  • Membantu proses penghadaman
  • Menyamankan perut
  • Mengurangkan mual dan muntah
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit gastrik
  • Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc)

Untuk mendapatkan Set Morning Sickness Shaklee ini, anda boleh klik di bawah dah ikuti langkah mudah untuk pembelian.

 

Bagi wanita hamil, anda juga boleh mengambil Ostematrix sebagai sumber kalsium. Merupakan gabungan Calcium Magnesium lengkap dengan Vitamin D. Ia dapat membantu mengatasi kekejangan otot atau cramp yang sering berlaku ketika mengandung kesan dari kekurangan kalsium dalam badan.

Sekiranya anda mengalami dehidrasi disebabkan alahan yang berpanjangan pula, anda boleh mengambil Performance Drink bersama dengan Set Morning Sickness ini. Juga boleh mengambil MealShakes atau ESP untuk bekalan protein di samping memberikan tenaga sepanjang tempoh kehamilan.

Hubungi saya untuk informasi lanjut mengenai supplemen tambahan yang boleh diambil bersama dengan Set Morning Sickness Shaklee yang semestinya memberi manfaat kepada ibu dan anak.

f6bdd-dist2

 

Advertisements