Kenapa Pilih Shaklee dan Bagaimana Saya Terjebak

Posted on February 6, 2015

0


Sejujurnya saya tidak pernah menyangka akan jatuh cinta dengan Shaklee. Sebelum ini mendengar tentang Shaklee tidak memberi kesan pada saya juga tidak mendatangkan minat pada saya untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. Namun segala-galanya berubah setelah saya melahirkan anak yang ketiga.

Semasa dalam tempoh hujung kehamilan ketiga memang saya sengaja tidak membeli set jamu dalam pantang seperti kelaziman selepas melahirkan anak pertama dan kedua. Ini disebabkan kedua-dua anak saya ada jaundice dan bila keadaan itu berlaku saya tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang jamu kerana ia bersifat panas dan memberi kesan kepada baby kerana saya menyusukan mereka. Dek kerana itu juga, semua jamu berpantang tidak pernah habis saya makan. Satu pembaziran.

Saya ingin mencari alternatif lain selain dari jamu akhirnya saya mengetahui tentang Shaklee. Dari situlah cinta berputik. Produk pertama yang saya terpaut hati ialah ESP (Energizing Soy Protein). Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa saya masih meneruskan pengambilan supplemen Shaklee walaupun tempoh berpantang telah habis.

Biar saya jelaskan.

Produk shaklee

1. Parut Jerawat Yang Teruk 

Sejak saya mengandung anak pertama belakang badan saya telah mendapat masalah jerawat yang teruk dan ia meninggalkan kesan parut hitam yang amat buruk. Sungguh jelek sehingga saya sendiri tidak sanggup melihatnya. Sedih apabila memandangnya di hadapan cermin.

Ummy saya memujuk dengan mengatakan ia hanya bersifat sementara. Alahan katanya. Begitu juga dengan mak mertua saya. Pendapat mereka sama. Ia akan hilang setelah saya melahirkan nanti. Malangnya ia menjadi sebaliknya. Parut-parut itu tetap ada dan masalah jerawat di belakang badan terus menghantui saya. Lebih teruk lagi setiap kali saya mengandung, jerawat tumbuh tanpa segan silu malah berganda-ganda banyaknya. Pelbagai cara juga pelbagai produk telah saya gunakan untuk mengatasi masalah ini. Namun hasilnya HAMPA!

Saya pernah pergi melakukan treatment dan habis berbelas-belas ribu ringgit. Hasilnya juga HAMPA.

Tetapi setelah saya mengamalkan supplemen Shaklee parut-parut itu telah tiada. 100% telah lenyap. Masalah jerawat saya juga telah tiada. Belakang badan saya kini bebas jerawat. Sama seperti sebelum saya berkahwin dulu.

2. Belajar 

Banyak benda yang saya belajar. Bukan hanya mengenai produk sahaja. Di sini saya mula tahu kehebatan Tahajud CINTA, dhuha, sedekah, istiqamah, konsisten dan lain-lain. Saya kenal Al-Mathurat yang sebelum ni saya tidak pernah dengar. Solat saya kini lebih kepada awal waktu. Saya juga mengasuh diri untuk mengaji sekurang-kurangnya 10 baris ayat Al-Quran setiap hari.

Nikmat hidup lebih tenang. Sebelum ini saya bukan tidak tahu tentang dhuha. Pernah dengar dan melihat officemate menunaikan solat sunat 2 rakaat itu. Tapi saya tidak pernah sekali pun melakukannya. Apabila saya menjadi Independent Distrubutor Shaklee, dalam team ini kami disuruh untuk memohon pertolongan daripada Allah kerana hanya DIA yang dapat membolak balikkan hati manusia. DIA juga pemberi rezeki. Bermulanya perkenalan saya dengan dhuha dan saya akan berusaha untuk melakukannya setiap hari.

Saya lebih disiplin dengan adanya MASTER CHECKLIST walaupun tidak semua saya patuhi. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Tanpa paksaan.

Saya tidak kaya dengan harta kemewahan tapi KAYA dengan ILMU juga bermakna bagi saya.

3. Menolong Antara Satu Sama Lain

Hebatkan apabila semua berganding bahu untuk sama-sama berjaya. Tiada istilah kedekut ilmu. Jika ada kemusykilan, suarakan sahaja. In Shaa Allah anda akan dibantu tanpa bayaran……seikhlasnya. Ada group untuk berdikusi. Pendek kata anda tidak akan dibiarkan sendirian terkontang kanting tanpa bantuan. Pokok pangkalnya diri sendiri samada ingin serius atau tidak.

Sekiranya ada musibah yang berlaku, kami diajar dengan kehebatan bersedekah. Jadi bersedekahlah kerana harta anda tidak akan berkurangan kerana BERSEDEKAH. Walau tidak pernah bersua muka tetapi bantuan tetap disalurkan pada yang memerlukan.

Ikatan ukhwan bertaut utuh tanpa sempadan. Manisnya pengalaman ini. Ia tidak dapat dijual beli di mana-mana.

Walaupun pelbagai spekulasi wujud tentang Shaklee, saya tidak goyah. Saya tetap yakin untuk mengambil Shaklee. Ia SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Beribu-ribu ujian klinikal juga telah dijalankan ke atas produk Shaklee dan ia berstatus HALAL juga ada kelulusan KKM.

STAMP PAD SHAKLEE

Saya masih dalam proses belajar. Belajar untuk menjadi insan yang lebih baik. Belajar untuk sabar, istiqamah dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Semoga Allah memudahkannya bagi saya.

Amin.

Advertisements
Posted in: Info, Kenali Shaklee