Kesan Buruk Obesiti

Posted on February 7, 2015

0


Obesiti bukan sahaja membuatkan penampilan anda tidak menarik malah ia turut mengundang masalah kesihatan malahan ia juga boleh membawa kemudaratan kepada anda. Pernah terjadi anggota bomba terpaksa memakai topeng gas untuk menyelamatkan seorang lelaki obes. Pemakaian topeng gas adalah disebabkan lelaki berkenaan telah tidak mandi selama 5 TAHUN.

Kejadian berlaku di Nurtigen (Stuttgart).

Anggota bomba terpaksa memakai topeng gas untuk menyelamatkan seorang lelaki obes yang tidak mandi selama lima tahun. Jiran lelaki yang berat badannya 158 kilogram itu mulanya menyangka blok apartmen mereka menjadi sasaran serangan kimia apabila anggota bomba tiba lengkap dengan pakaian khas dan perlatan pernafasan.

Bagaimanapun, ia sebenarnya disebabkan keadaan dalam apartmen lelaki berusia 65 tahun yang disifatkan sebagai terlalu teruk sehingga mendorong anggota bomba mengambil langkah berjaga-jaga drastik itu.

“Apartmen berkenaan penuh dengan sampah setinggi lutut. Ia terdiri dari kotak piza hinggalah tin dan makanan yang sudah berulat. Baunya sungguh busuk,” kata salah seorang anggota bomba.

Mereka terpaksa memecahkan pintu depan apartmen lelaki itu kerana terlalu banyak sampah yang menghalang hingga pintu itu tidak boleh ditolak untuk dibuka.

Lelaki berkenaan yang tidak boleh bergerak ditemui di tengah-tengah longgokan sampah dan dalam keadaan sukar bernafas. Kerana terlalu gemuk untuk keluar menerusi pintu, pasukan penyelamat menggunakan kren untuk membawanya turun ke ambulans.

Dia memberitahu pasukan penyelamat, dia tidak mandi atau menyalinkn pakaian sejak lima tahun lalu dan hanya bergantung kepada makanan yang dihantar ke apartmennya.

takmandi01.transformed (1)Anggota bomba memakai topeng kerana keadaan apartmen lelaki berkenaan yang terlalu busuk.

 

Advertisements
Posted in: Berita Kesihatan