Kesalahan Dalam Gaya Formal

Posted on February 10, 2015

0


Bagi sesetengah lelaki, penampilan formal itu dirasakan mudah. Atas alasan itu, mereka mengambil remeh fesyen yang digayakan. Janganlah begitu kerana salah gaya anda pasti ditertawakan.

gaya

Namun usah risau, panduan berikut diharap dapat membantu memperbaiki gaya ketika anda perlu tampil formal. Ayuh semak kesalahan berfesyen dalam penampilan formal si jejaka. Bagi para isteri pula, anda juga boleh menelaah panduan berikut agar boleh memberi idea kepada pasangan anda untuk bergaya formal dengan betul.

❋ Lengan Pendek Bersama Tali Leher

Pakaian berlengan pendek seperti kemeja sebenarnya tidak sesuai dengan penggunaan tali leher. Anda seharusnya menggunakan baju berlengan panjang untuk padanan bersama tali leher.

❋ Kasut Koyak

kasut

Masih ramai dalam kalangan lelaki yang tidak menitikberatkan bahagian kasut. Kasut haruslah dalam keadaan baik, berkilat dan kemas. Jika anda mengenakan suit hitam, gunakan kasut berwarna hitam juga.

❋ Seluar Pendek

Seluar seharusnya menutup bahagian stoking dan ia mesti cukup panjang untuk menutup bahagian kaki ketika berjalan. Penting supaya seluar tidak terangkat terlalu tinggi apabila berjalan dan duduk.

❋ Stoking Tidak Sesuai

Stoking seharusnya cocok dengan warna seluar yang dipakai. Jika berseluar hitam, gunakan stoking berwarna hitam. Elakkan menggunakan warna lain.

❋ Tali Pinggang Tidak Sesuai

tali

Tali pinggang semestinya sesuai dengan kasut anda. Elakkan tali pinggang yang sudah rosak, pudar warnanya dan berkarat. Gunakan tali pinggang yang bersaiz sederhana, tidak terlalu besar, dan tidak terlalu kecil.

❋ Posisi Tali Leher

tali leher

Kedudukan hujung tali leher haruslah berada dekat dengan tali pinggang. Jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu ke bawah. Tali leher juga harus diikat dengan kemas dan rapi.

❋ Pakaian Besar

kemeja

Jangan mengenakan pakaian yang besar dn tidak padan dengan saiz tubuh anda. Ia merupakan kesalahan paling besar dalam berfesyen. Kesalahan ini akan menampakkan diri anda tidak professional.

❋ Ton Warna Tidak Sesuai

Pemilihan warna pakaian seharusnya bersesuaian dengan diri anda. Contohnya, jika anda mempunyai warna kulit yang agak pucat, elakkan pakaian berwarna putih.

Advertisements