Rahsia Tulisan Tangan

Posted on February 10, 2015

0


Menyelami dunia lelaki, sedarkah anda bahawa tulisan tangan lelaki dikatakan boleh menggambarkan personalitinya. Ini turut dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh pakar  motivasi, Dato’ Dr. Haji Fadzillah Kamsah.

tulisan

Ayuh, lihat gaya tulisan anda! Benarkah personaliti anda begitu? Andai ia bersikap negatif, cubalah untuk memperbaikinya. Kadangkala sebagai manusia kita terlepas pandang tentang sikap diri sendiri.

Bagi kaum wanita pula, ambillah peluang ini untuk mengenali personaliti pasangan anda. Semoga ia dapat menjadi panduan yang berguna dalam menyelami perwatakan si dia. Moh kita selidik ◕‿◕

❂ Tekanan Kuat

Menulis dengan tekanan kuat hingga berbekas di belakang kertas dikatakan seseorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

❂ Tekanan Ringan

Meulis dengan lembut dan ringan menggambarkan personaliti lelaki yang kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

❂ Tulisan Bulat-Bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat memberi sifat emosi, prihatin, pengasih, penyayang, mempunyai kepekaan tinggi dan banyak menggunakan minda kreatif (otak di sebelah kanan).

❂ Tulisan Tajam Atau Leper

Tulisan yang tajam menggambarkan lelaki yang rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak menggunakan otak logik (sebelah kiri).

❂ Condong Ke Kanan

Individu yang suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, mudah membawa diri, kemampuan memimpin, mempamerkan kasih sayangnya, berani dan pemurah.

❂ Condong Ke Kiri

Individu yang suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tidak suka berubah dan amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tidak bercampur orang.

❂ Tulisan Tegak

Menggambarkan seseorang yang sistematik, mudah mengawal diri, suka berkawan tetapi tidak mencari kawan sebaliknya kawan mencarinya, tidak suka bergaduh dan suka mencari jalan tengah.

❂ Tulisan Bercampur-Campur

Gambaran personaliti yang mempunyai emosi tidak tetap seperti remaja yang belum cukup umur.

❂ Tulisan Jarang-Jarang

Tidak suka bercampur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

❂ Tulisan Rapat-Rapat

Suka bercampur orang, amat bergantung kepada orang lain, penjimat atau kedekut.

 

Advertisements