Kenapa Kepala Bayi Lonjong

Posted on February 11, 2015

0


Kepala bayi adalah bahagian pertama yang melalui jalan keluar ketika proses kelahiran menyebabkan bentuknya berubah. Ada yang berbentuk bulat dan lonjong namun ibu tidak perlu bimbang kerana bentuk tersebut tidak kekal. Lazimnya bentuk kepala bayi menjadi lonjong disebabkan oleh:

1. Sebelum Lahir

✯ Lahir pramatang – tulang tengkorak masih sangat lembut menjadikannya mudah berubah bentuk.

✯ Janin kembar – ruang yang sangat sempit di dalam rahim membuatkan pertumbuhan kepala tidak optimum.

baby twin

2. Selepas Lahir

✯ Akibat alat bantuan kelahiran.

✯ Salah posisi tidur – bayi dibiarkan tidur pada posisi yang sama sehingga bahagian kepala yang selalu terletak pada bantal akan lebih mendatar.

✯ Akibat kelainan genetik misalnya, tulang-tulang tengkorak bayi terlalu cepat bersatu sehingga otaknya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk berkembang.

baby mgiring

Jika anda rasa kurang selesa dengan bentuk kepala bayi, jangan panik. Umumnya, bentuk kepala tersebut akan menjadi normal, seiring pertambahan usianya. Namun anda boleh mencuba kaedah berikut:

❣ Ubah posisi tidur bayi anda agar tidak pada satu posisi sahaja. Lakukan secara berkala.

❣ Biarkan bayi tidur dalam pelukan anda untuk meredakan tekanan pada sisi kepala yang sering terkena bantal.

❣ Sesekali biarkan bayi tidur meniarap. Namun, anda perlu selalu mengawasinya.

FAKTA: Ukuran kepala bayi ketika lahir ialah 35cm dengan berat otak 350gm. Otak bayi lelaki lebih besar 12 hingga 20 peratus daripada bayi perempuan.

BERSIHKAN KERAK KEPALA

Bayi yang baru lahir biasanya terdapat kerak kepala. Kerak kepala atau cradle cap bersisik tebal ini akan terkelupas sendiri. menjadi serpihan nipis seperti kelemumur apabila kering.

Kerak kepala ini disebabkan kandungan hormon ibu dalam tubuh bayi. Kerak kepala hanya bersifat sementara. Berikut cara untuk membersihkannya:

➳ Oles minyak pada kulit kepala bayi yang berkerak sambil dilurut perlahan. Biarkan semalam agar kerak lembut dan mudah dibersihkan. Anda boleh melakukannya ketika bayi masih tidur.

➳ Sisir rambut bayi menggunakan sikat halus sambil mengeluarkan kerak kepala. Lakukan secara perlahan dan berhati-hati.

➳ Cuci rambut dan kulit kepala bayi dengan syampu bayi dan air suam. Bilas sampai bersih.

Ketika melakukannya, berhati-hatilah kerana bimbang akan berlaku jangkitan pada kulit kepala bayi. Jangan mengorek kerak kepala ketika kering, apatah lagi dengan kuku kerana boleh melukakan kulit kepala bayi.

Jika terdapat ruam merah atau bengkak yang terasa sangat hangat di kulit kepala bayi, ia tanda jangkitan. Bawa segera bayi bertemu doktor agar kulit kepala bayi dapat diperiksa sama ada disebabkan virus, bakteria atau alergi.

 

Advertisements
Posted in: Info, Tentang Bayi