Malaysia Mencatat Peratusan Yang Tinggi Untuk Obesiti

Posted on February 11, 2015

0


Benarkah keadaan sekarang ini di mana 49 peratus wanita dan 44 peratus lelaki di negara kita mengalami masalah obesiti? Apakah benar angka yang dinyatakan itu? Jawapannya adalah YA.

obes

The Lancet yang melaporkan Malaysia diletakkan sebagai heavyweight apabila 45.3 peratus penduduknya memiliki berat badan yang berlebihan diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus).

Umum mengetahui bahawa obesiti boleh membawa kepada penyakit berisiko lain seperti jantung, kencing manis dan beberapa jenis kanser. Di samping itu juga, ia boleh menyebabkan peningkatan terhadap kos penjagaan kesihatan pada masa depan, selain memberi kesan buruk kepada produktiviti kerja. Namun mengapa masih ramai yang ambil sikap tidak peduli?

obes1

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh banyak pihak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya obesiti. Sebelum ini juga PM telah menggesa Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) untuk mengatasi masalah ini sebagai keutamaan dalam kajian kesihatan yang dilaksanakan.

Apa kata mulai hari ini, pasangkan tekad anda untuk hidup lebih sihat. Ketahui tentang pembakaran kalori secara selamat dan bukan bergantung kepada tawaran ubat kurus yang berada dipasaran. Semua itu tidak menjamin anda boleh mendapat berat badan idea sekiranya anda tidak menjaga makan dan bersenam.

Berbalik kepada pembakaran kalori secara selamat tadi, tahukah anda apakah itu kalori? Kalori adalah unit ukuran tenaga untuk makanan iaitu 1 kalori bersamaan 4 joule, maka untuk menurunkan 1 kg berat badan anda, maka anda perlu buang 7700 kalori.

Ini bermakna tiada halangan untuk anda makan apa yang anda ingin makan asalkan ada kesanggupan untuk membuang kalori yang berlebihan itu. Dengan itu, nafsu makan anda tidak tersekat, sementara berat badan anda kekal idea.

Kita harus ubah pemikiran jika tidak masalah obesiti rakyat negara ini akan terus menghantui. Dalam soal pelangsingan, ia memerlukan disiplin diri yang kuat untuk memiliki bentuk badan idaman. Tiada hasil yang baik untuk mereka yang malas. Dan saya berharap kita semua boleh terus mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan bersama.

Advertisements
Posted in: Info