Kerana Gemuk Aku Dihina

Posted on February 16, 2015

0


gemuk

Tanyalah sesiapa sahaja pasti jawapan mereka sama. Saya juga ingin memiliki bentuk badan yag menarik. Tidak ada sesiapa pun yang akan memilih untuk menjadi gemuk. Banyak faktor yang menyebabkan pertambahan berat badan terutamanya wanita yang pernah melahirkan anak.

Alangkah hiba rasa hati jika saya yang berada di tempat wanita ini. Sungguh sebagai seorang isteri saya cukup terkesan dengan apa yang berlaku.

FB_IMG_1424061656883

Duhai suami, berbincanglah dengan isteri secara baik jika anda ingin dia kelihatan cantik. Bagi dorongan juga bantulah mereka untuk menjadi cantik seperti yang anda inginkan, encik suami! Nak tengok isteri cantik tapi langsung tak nak keluar duit. Isteri nak beli produk kecantikkan pun bising. Bukan nak membantu malah diherdik pula. Bukan setakat itu, hinaan juga dilontar: “Awak pakai produk apa pun kalau tak cantik memang tak cantik juga!”

Adakah kata-kata seperti itu akan membantu isteri anda kelihatan menawan di mata anda. Jangan harap isteri anda mengunakan produk yang sama dengan Rozita Che Wan maka wajahnya akan menjadi persis Che Ta. Karut la. Kalau begitu si Zain Zaidin mesti keliru, yang mana satu isteri dia.

Mungkin kerana ini ramai Isteri Moden yang SENGAJA MANDUL, Dalam konteks ini, ia menjurus kepada wanita yang tidak mahu melahirkan anak kerana takut hilang kecantikkan bentuk badan.

Buat suami, hargailah isteri anda yang telah melahirkan zuriat anda, menjaga anda dan anak-anak anda  sehingga terlupa kebajikan diri sendiri. Percayalah dalam apa jua keadaan isteri lebih rela mendahulukan keperluan suami dan anak-anak dari keperluan sendiri.

Sedang makan sekali pun dia akan teringat: “Emmm kuih ni suami ngan anak aku suka, simpan la untuk diaorang. Aku tak merasa pun tak pe. Tengok diaorang makan pun dah buat aku hepi.”

Walaupun isteri anda kuat membebel, ketahuilah di sebalik bebelan itu terserlah kasih sayang diaorang sebenarnya. Kalau tak sayang buat derk je la. Tak pun satu petua untuk anda para suami. Anggap je la bebelan si isteri itu sebagai satu bentuk hiburan untuk anda. Pasti tak ada masalah ´*•.¸(*•.¸♥¸.•*´)¸.•*´

 

 

Advertisements