Rahsia Urutan Kaki

Posted on February 21, 2015

0


Saya suka diurut. Tak kisah la urut seluruh badan mahupun kaki sahaja. Usai diurut, badan akan terasa segar. Hilang segala lenguh-lenguh mahupun sengal-sengal di badan.

Kali ini ingin saya kongsikan rahsia di sebalik urutan kaki. Sebenarnya urutan kaki baik untuk menyenangkan dan menyegarkan bahagian tersebut. Bukan setakat itu sahaja, ia turut memberi manfaat yang besar bagi menyihatkan tubuh.

Umum mengetahui bahawa kaki merupakan salah satu anggota yang selalu bekerja keras untuk menampung berat badan, berjalan dan berlari tetapi acap kali diabaikan. Teknik mengurut kaki sebenarnya telah lama dipraktikkan bagi meningkatkan tahap kesihatan. Berikut adalah beberapa kebaikan yang boleh diperoleh darinya:

RAHSIA #1 Menambah Tenaga

Ketika kaki sedang diurut, sebenarnya telah berlaku proses pertambahan tenaga di dalam tubuh. Pada masa yang sama, ia membantu memudahkan pengaliran tenaga di seluruh tubuh agar berjalan dengan lancar.

RAHSIA #2 Meningkatkan Perjalanan Darah

Kaki sering ‘diikat’ dengan kasut yang ada ketikanya ketat dan menyakitkan. Cara ini secara tidak langsung membuatkan darah tidak mampu mengalir dengan baik. Namun, setelah diurut, pengaliran darah akan kembali normal.

RAHSIA #3 Kurangkan Bengkak Kaki

Masalah pembengkakan kaki biasaya disebabkan oleh pengumpulan cecair yang dikenali sebagai edema. Lazimnya kerap berlaku kepada ibu hamil. Cara mengatasinya cukup mudah iaitu urut di bahagian tersebut dan banyakkan rehat.

RAHSIA #4 Redakan Tekanan

Penyakit boleh terjadi dari pelbagai punca sama ada makanan, gaya hidup dan sebagainya. Salah satu yang sering dikaitkan adalah tekanan. Antara jalan penyelesaian yang boleh dilakukan adalah dengan mengurut kaki yang kepenatan. Selain merehatkan, ia juga mampu mengurangkan rasa cemas yang mungkin datang secara tiba-tiba.

RAHSIA #5 Melegakan PMS Dan Menopaus

Gejala PMS dan menopaus tidak banyak beza malah antara yang sering menyerang ialah sakit kepala, cemas, tekanan, lelah atau insomnia. Justeru, urutlah kaki secara teratur bagi menghilangkan kesan tersebut.

RAHSIA #6 Ubati Sakit Kepala

Mengurut kaki amat membantu untuk mengurangkan masalah sakit kepala dan migrain. Sekiranya dibebani penyakit tersebut maka segeralah cari tukang urut untuk ‘memanjakan’ kaki anda.

RAHSIA #7 Turunkan Tekanan Darah

Darah tinggi bukanlah satu penyakit yang asing di kalangan masyarakat kita. Selain ubat yang diberikan oleh doktor, terdapat kaedah lain yang boleh dipraktikkan iaitu urutan kaki. Hanya peruntukkan masa paling tidak 10 minit sahaja, tekanan darah dapat diturunkan selain meningkatkan mood serta meredakan perasaan cemas.

Selain dari kaedah urutan kaki yang dapat menurunkan tekanan darah, anda juga boleh mencuba kaedah yang berkesan dan selamat seperti Encik Fahmy Shuhaimi. Malah bonus yang Encik Fahmy Shuhaimi dapat ialah tahap kolestrol beliau juga telah kembali normal selain dari mendapat kualiti kesihatan yang lebih baik.

Advertisements
Posted in: Info