Khasiat Anggur Kepada Lelaki

Posted on February 22, 2015

0


Buah anggur adalah kegemaran anak-anak saya. Yang menjadi piliham keluarga saya ialah anggur yang tiada biji. Kalau makan, sekali hadap terus habis. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda tentang khasiat buah anggur kepada kaum Adam.

anggur1

Sebenarnya pengambilan buah-buahan dalam rutin makanan seharian sangat digalakkan. Baik wanita mahupun lelaki, khasiat buah-buahan sangat membantu bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Ramai yang mengetahui buah-buahan mempunyai khasiatnya tersendiri termasuklah anggur. Anggur yang diambil dengan kuantiti mencukupi mampu mengurangkan risiko penyakit lelaki. Jom semak kelebihan anggur kepada lelaki.

KHASIAT #1 Serangan Jantung

Anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ia mengurangkan pembentukan gumpalan dalam darah. Keadaan ini akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

KHASIAT #2 Kolestrol

Anggur juga mempunyai bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolestrol dalam tubuh.

KHASIAT #3 Sembelit

Anggur mengandungi bahan asid organik, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini membantu masalah penghadaman yang berlaku kepada pesakit.

KHASIAT #4 Buah Pinggang

Anggur mengurangkan tahap keasidan asid urik di dalam tubuh. Ia membantu menyingkirkan asid daripada sistem tubuh. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas ginjal.

KHASIAT #5 Kanser Payudara

Meski kanser payudara kerap menyerang wanita, namun perkembangan semasa menunjukkan golongan lelaki turut tidak terkecuali. Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah diberi makan anggur, didapati buah ini mampu mengurangkan risiko kanser payudara.

KHASIAT #6 Alzheimer

Penyakit yang sering dialami lelaki berusia ini boleh dikurangkan dengan pengambilan anggur. Resveratrol, sejenis polyphenol didapati menurunkan beta amyloid pada pesakot Alzheimer. Anggur juga baik untuk kesihatan otak manusia.

KHASIAT #7 Kanser

Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins dan proathocyanidins yang ada di dalam anggur bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

anggur2

Advertisements
Posted in: Info, Lelaki