Masalah Berat Badan: Kembalikan Kecantikan Yang Hilang

Posted on February 24, 2015

0


Adakalanya tatkala melihat orang lain memiliki bentuk badan yang menarik pasti mengundang rasa cemburu. Lebih-lebih lagi ada di antaranya tidak perlu bersusah payah untuk berdiet.

senam

Pernahkah anda melalui keadaan seperti berikut:

  • Berhabis duit berkunjung ke pusat pelangsingan namun hasilnya sia-sia. Berat badan turun sewaktu rawatan tetapi kembali naik kemudiannya.
  • Menjaga makan minum dan mencuba pelbagai kaedah dan ubat-ubatan hasilnya tetap sama.
  • Berjumpa doktor untuk mengatasi masalah berat badan namun usaha itu juga tidak berjaya.

Ketahui penyebabnya. Masalah sebegini dinamakan masalah metabolik. Metabolisme bermakna keupayaan tubuh menggunakan makanan atau lemak sebagai tenaga. Apabila seseorang makan, tubuh akan menukarkan makanan kepada tenaga dan lemak. Jika anda memerlukan tenaga yang banyak, lemak yang disimpan mula digunakan. Dengan itu anda akan kekal langsing. Masalah metabolik bermakna tubuh gagal menjana tenaga. Makanan yang dimakan hanya disimpan sebagai lemak sahaja.

Mereka yang mempunyai masalah metabolik begini akan:

  • Mendapat simptom makan sedikit tapi badan cepat naik
  • Kulit mudah mendapat bintat dan gatal-gatal
  • Lemak berkumpul pada muka, perut, belakang badan, lengan dan punggung
  • Mudah letih
  • Lambat bergerak
  • Sukar untuk bersenam kerana sering keletihan
  • Minat kepada aktiviti kreatif berkurangan
  • Mudah bosan.

Walau bagaimanapun simptom-simptom metabolik rendah mungkin berbeza dari seseorang dengan yang lain. Mereka yang bermetabolik rendah bukan sahaja gemuk malah berubah wajah menjadi tidak cantik disebabkan oleh kehadiran air yang banyak di bawah kulit. Air ini merupakan sejenis bahan berlendir dan berlemak juga.

gemuk gemuk

Ia hadir di bawah kulit membuatkan kulit tampak sembap dan tidak bercahaya. Wajah tampak kasar dan lebar membuatkan hilang kecantikan yang dimiliki. Oleh kerana simpan air yang banyak mereka ini kurang minum. Wajah seseorang yang obes hampir sama bentuknya. Ini disebabkan faktor hormon yang mengumpulkan lelemak pada pipi dan leher. Ini membuatkan mereka kehilangan bentuk wajah asal. Apapbila mereka kurus semula barulah mereka mendapat kembali kecantikan wajah yang hilang akibat lemak itu.

CARA ATASI

  • Terapi Enzim Dan Hormon

Mereka yang obes dan berjaya menurunkan berat badan dengan sedikit usaha berdiet dan bersenam merupakan golongan yang bernasib baik kerana mereka memiliki kelenjar hormon yang dapat dipulihkan dengan cepat. Dalam pertandingan The Biggest Looser menyaksikan peserta disajikan makanan yang sama dan senaman yang sama namun kadar penurunan tetap tidak sama.

Ini bermakna keupayaan tubuhmembakar lemak bukan hanya terletak kepada jenis senaman dan pemakanan. Ia bergantung kepada hormon metabolik, enzim dan kebolehan tubuh untuk sembuh daripada rintangan insulin. Pemeriksaan tahap hormon di dalam badan adalah penting bagi mereka yang yang sukar menurunkan berat badan. Pemeriksaan darah amat penting bagi melihat jumlah hormon dalam badan dan seterusnya langkah baik pulih hormon dijalankan.

  • Pengatucaraan Hormon

Pengaturcaraan hormon sangat penting bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan secara sihat dan cepat. Langkah-langkah dalam pengaturcaraan hormon ialah pengambilan hormon yang diperlukan iaitu pregnenolon, testosteron bagi lelai, hormon tiriod, hormon melatonin dan dhea.

Hormon sebegini boleh diambil atas nasihat doktor dan akan membantuk aspek pemulihan metabolik. Seseorang juga perlu melakukan senaman ringkas bagi membolehkan hormon bertindak pada otot.

Teknik sebegini membolehkan berat badan turun dengan selamat dan memastikan seseorang itu semakin segar dan bertenaga.

 

Advertisements
Posted in: Info