Bahaya Toksin Yang Terkumpul

Posted on February 26, 2015

0


Toksin merupakan bahan buangan berancun yang berada di dalam tubuh manusia. Sebenarnya secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, apabila keadaan tidak berjalan dengan lancar, seseorang akan mengalami masalah membuang air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu menunjukkan tanda bahawa ada kandungan toksin yang berlebihan di dalam badan.

bahaya toksin dalam tubuh

Bagi menyingkirkan toksin, apa kata kita gunakan khasiat dari TIMUN. Timun adalah sejenis makanan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan. Ia juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan selain dimakan mentah sebagai ulam-ulaman. Dipercayai berasal dari kaki pergunungan Himalaya, dikatakan ia telah lama ditanam oleh manusia pada zaman dahulu kala di India, Mesir, Yunani dan Rom.

Kini, tumbuhan ini telah ditanam hampir di seluruh dunia. Pokok jenis memanjat atau menjalar ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang lima meter sementara penanamannya dengan menggunakan biji dan mula bercambah dalam masa tiga hari selepas disemai. Ia kemudiannya akan berbunga dalam jangka masa 40 hingga 45 hari. Kandungan vitamin A, B dan C serta bahan mineral di dalam timun secara tidak langsung menunjukkan betapa ia kaya dengan sumber bioaktiviti jenis antimikrob.

ANTARA KHASIAT TIMUN

timun sigkir toksin

1. Hidratkan Tubuh

Terlalu sibuk dengan kerja ataupun tugasan harian membuatkan kita terlupa untuk minum air pada kuantiti yang sepatutnya. Justeru, gantikan ia dengn timun kerana di dalamnya terkandung lebih 90 peratus air.

2. Kurangkan Panas Badan

Timun mampu mengurangkan masalah pedih hulu hati. Selain itu, ia juga boleh mengubati masalah kulit terbakar. Cecair yang terdapat di dalam timun dikatakan berupaya menjadi bahan penyingkir segala toksik yang berada di dalam badan. Oleh itu, amalkan pengambilan timun bagi menghilangkan batu di dalam buah pinggang.

3. Sumber Pelbagai

Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam tempoh sehari-hari. Kandungan vitamin A, B dan C dipercayai mampu meningkatkan sistem ketahanan badan sekaligus membekalkan tenaga agar diri kekal sihat sentiasa. Cara yang paling mudah adalah dengan mencampurkan jus timun dengan lobak merah dan bayam. Pastikan kulit timun tidak dibuang kerana ia mengandungi kira-kira 12 peratus keperluan vitamin C dalam sehari.

4. Kekalkan Mineral

Timun sememangnya kaya dengan kalium, magnesium dan silikon yang amat diperlukan oleh kulit dan kesihatan. Maka tidak menghairankan banyak pusat kecantikan menggunakan timun sebagai bahan asasnya.

5. Menurunkan Berat Badan

Oleh kerana timun kaya dengan kandungan air serta rendah tahap kalori maka ia merupakan sumber yang paling berkesan digunakan bagi individu yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan. Cara yang disyorkan cukup mudah iaitu dengan mencampurkan timun ke dalam sup ataupun salad. Selain itu, timun juga sesuai dijadikan makanan kudap-kudapan sama ada tatkala menonton televisyen atau duduk berehat menenangkan fikiran. Pada masa yang sama, ia turut membantu mengatasi masalah sembelit yang kronik.

 

Advertisements
Posted in: Info