Mudahnya Untuk Kurangkan Kalori

Posted on February 26, 2015

0


Salah satu kesukaran yang dialami untuk menghilangkan berat badan adalah sasaran untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Apabila anda mula merancang diet yang tidak realistik, ia cuma membawa kepada rasa lapar dan ingin makan.

makan sihat

Kebenarannya, cara menghilangkan berat badan yang bijak adalah tidak membuatkan diri anda berlapar atau menghalang diri makan beberapa jenis makanan. Ia adalah mengenai pilihan makanan yang baik secara berterusan. Anda juga perlu mengubah tabiat pemakanan buruk secara perlahan-lahan dan mula melakukan tabiat pemakanan yang lebih menyihatkan.

Berikut adalah tujuh pilihan yang akan membantu anda mengurangkan berat badan walaupun makan lebih banyak.

1 Makanan bijirin penuh

Ia tinggi serat, lebih berkhasiat dan lebih mengenyangkan daripada anda makan sekeping pankek tepung halus dengan mentega dan sirap bergula, lebih baik makan dua keping pankek bijirin gandum sepenuhnya yang dihias dengan buah-buahan seperti beri. Kedua-dua jenis makanan ini memiliki jumlah kalori yang sama iaitu 270 kalori.

2 Makanan tinggi air

Secara semula jadinya ia rendah kalori kerana kandungan cecairnya. Buah-buahan, sayur-sayuran, gelatin dan bijirin panas mengandungi lebih kurang 80 hingga 95 peratus air. Sementara yogurt, puding, telur, pasta, kekacang dan makanan laut mengandungi lebih kurang 60 hingga 75 peratus air. Memakan 1 1/2 cawan anggur mengambil masa yang lama dan lebih mengenyangkan daripada memakan 1/2 cawan kismis, walaupun kedua-dua bahagian buah ini mengandungi 110 kalori.

3 Makanan rendah lemak

Ia boleh menambah simpanan kalori kerana rendah lemak mengandungi lebh kurang dua kali ganda kalori protein atau karbohidrat. Lapan auns susu skim memiliki 86 kalori, sementara jumlah yang sama susu penuh lemak mengandungi 150 kalori. Dua auns hidangan tuna yang di pek dalam air mengandungi 66 kalori tetapi apabila di pek dalam minyak, kalorinya akan meningkat kepada 110. Mayones ringan, kuah salad ringan dan hasil tenusu rendah lemak adalah cara mudah untuk membuang kalori.

4 Makanan manis yang kalorinya tidak tinggi

Sorbet, yogurt rendah lemak sejuk beku, biskut yang ringkas dan pencuci mulut berasaskan buah-buahan memiliki sebahagian kecil kalori. Daripada anda memakan sebekas ais krim yang besar anda boleh memakan ais krim yang telah di pek atau dibungkus kecil.

5 Elakkan makanan ringan

Ia akan menambahkan berat badan kerana kebanyakannya tinggi lemak, kalori dan garam. Sesekali menikmati burger atau kentang goreng tidak akan mengganggu diet. Jika anda mahu makan makanan ringan, pilihlah sandwic atau burger daging yang dipanggang. Elakkan untuk mengambil sos yang berkrim dan makanan bergoreng.

6 Sarapan

Mulakan hari dengan bijirin penuh, susu skim dan buah yang mengandungi 230 kalori. Boleh juga memakan dua keping roti bijirin penuh yang telah dibakar dan disapu dengan sesudu mentega atau marjerin yang mengandungi 300 kalori. Jangan cuba menjimatkan kalori dengan meninggalkan sarapan.

7 Pencicah

Ia boleh membuatkan anda ketagih. Apabila anda mencampurkan dengan kalori daripada kepingan kentang atau biskut dengan sos yang tinggi lemak, ia boleh menaikkan kalori makanan anda. Tukarlah kepada sos yang lebih sihat seperti salsa, hummus atau sos bebas lemak.

Advertisements
Posted in: Info, Uncategorized