Jurnal Kesyukuran: Usah Kufur Nikmat

Posted on February 27, 2015

0


Sebagai umat Islam kita digesa supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi dan berusaha menyemai diri dengan sikap qanaah (rasa cukup) dalam erti kata lain bersyukur dan menerima seadanya apa yang dimiliki. Berbeza dengan orang yang tidak bersyukur dengan apa yang  ada di sekelilingnya, dia tidak akan ceria di mana akan sentiasa berasa tidak cukup walaupun sudah dikurniakan nikmat yang banyak.

Jurnal Kesyukuran

Apabila sentiasa mensyukuri nikmat Allah, hidup pasti lebih ceria, tenang dan sentiasa tersenyum. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan, jika kamu bersyukur atas (nikmat-Ku) akan Aku tambah lagi kepadamu dan jika kamu kufur (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.” (Surah Ibrahim 14:7)

Bagaimana cara untuk bersyukur? Syukur bukanlah bermakna dengan hanya melafazkan “syukur”. Sesungguhnya menyebut nikmat Allah itu merupakan kesyukuran dan meninggalkan menyebutnya merupakan kekufuran. Tonton video ini. Di dalamnya ada dinyatakan bagaimana cara terbaik untuk lebih mensyukuri nikmat Allah.

Walaupun kebanyakan manusia tidak tahu bersyukur, namun Allah SWT tetap memberi nikmat kepada manusia. Firman-NYA yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghintung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghintungnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nahl 16:18)

Jadi bersyukur adalah satu sifat yang amat terpuji di sisi Allah. Mereka yang sentiasa memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah SWT adalah tanda keteguhan iman pada dirinya. Maka, makmurkanlah bumi ini dengan sebanyak-banyaknya bertasbih memujiNYA dan taatlah kepada perintah Allah, nescaya betambah aman dan diberkati.

Pastinya anda juga telah menonton video di atas. Mulakan sekarang dengan mencatat dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya nikmat yang diperolehi dalam Jurnal Kesyukuran. Semoga kita semua dijauhkan dari menjadi insan yang kufur nikmat kerana celakalah bagi mereka yang berbuat demikian.

Advertisements