Urus Kewangan Dengan Bijak Supaya Hati Tenteram

Posted on February 27, 2015

0


Bila bercerita perihal kewangan, ramai yang pening kepala. Ya, dalam kehidupan sehari-hari, kita memang tidak boleh lari dari berdepan dengan seribu satu macam masalah kewangan. Ke mana sahaja kita pergi, ia akan bersabit dengan wang ringgit.

urus kewangan dengan bijak

Ada yang mendapat tekanan hidup disebabkan oleh masalah kewangan. Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti tidak ada masalah. Bergantung kepada setiap individu untuk mengatur kewangan dan bajet agar tidak dibelenggu masalah kewangan.

Antara yang terbaik untuk urus bajet ialah:

  • Sentiasa memeriksa bajet yang telah dibuat. Pastikan segala keperluan yang mustahak didahulukan, ada lebihan barulah untuk menambah item-item lain dalam senarai.
  • Jika hanya buat bajet tetapi tidak mengikutinya besar kemungkinan anda akan tinggi berhadapan dengan bajet berlebihan.
  • Pasangan suami isteri perlu sama-sama menyimpan kerana ini menimbulkan rasa tanggungjawab, sama ada terhadap diri sendiri, pasangan dan juga terhadap keluarga.
  • Pentingkan keperluan berbanding kehendak. Namun jangan terlalu kedekut dengan kehendak anak-anak. Sesekali tunaikan permintaan mereka untuk memberikan semangat dan motivasi kepada anak-anak.
  • Kurangkan aktiviti sosial kerana ia boleh mendorong kepada pembaziran. Sebaiknya pilihlah untuk bersosial pada hujung minggu sahaja sesekali bersama keluarga itu lebih bermanfaat. Elakkan bersosial selepas habis waktu kerja bersama rakan-rakan kerana itu menyebabkan bajet anda lari.
  • Jika anda sudah bergelar isteri dan ibu, rajinlah memasak di rumah dan makan bersama-sama. Rancanglah hanya hujung minggu sahaja untuk penuhi selera anak-anak dengan makan di luar. Ia bukan sahaja menjimatkan malah boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
  • Sediakan peruntukkan untuk membeli insurans kerana anda tidak boleh menjangka apa akan berlaku pada masa depan. Ia juga boleh menjadi persediaan anda jika tiba-tiba ahli keluarga jatuh sakit.
  • Seorang suami dan ayah, pastinya mahu memberikan yang terbaik untuk anak dan isteri. Jika berasakan gaji yang diperoleh setiap bulan hanya cukup-cukup sahaja, apa kata cari kerja sampingan yang dapat membantu menambahkan pendapatan. Tetapi janganlah hingga abaikan masa berkualiti untuk anak dan isteri kerana sibuk dengan kerja sampingan.
  • Mula melabur, tetapi pilihlah pelaburan yang bertepatan dengan syariat agama kerana itu lebih mendatangkan keberkatan.
  • Mula menyimpan untuk anak-anak. Pernah dengar pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Ini adalah untuk anak-anak menyambung pelajaran dan sebagainya. Ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Padahal ia sangat penting untuk mengelakkan tersepit pada masa akan datang.

Saya mempunyai satu masalah suka shopping. Apa yang saya buat untuk tidak lari dari bajet ialah tidak melihat pada iklan yang disiarkan kerana ia boleh mendorong saya untuk berbelanja berdasarkan kehendak.

friends shoppingSemoga artikel ini dapat membantu anda dan juga saya untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak serta mampu mengawal bajet dengan berhemah. Tidak mengapa untuk bersusah payah dahulu agar senang di kemudian hari.

Advertisements
Posted in: Info, Ringgit dan Sen