Kenapa BAHAYA Apabila Kurang Minum Air

Posted on March 11, 2015

0


Kebanyakkan orang ambil mudah mengenai betapa pentingnya air dalam tubuh. Ada yang enggan minum air dalam kuantiti yang banyak kerana tidak suka, takut perut buncit dan banyak lagi alasan.

Saya juga pernah melalui keadaan tidak suka minum air kerana malas untuk ulang-alik ke tandas untuk membuang air. Lebih-lebih lagi ketika hari bekerja. Bercinta sungguh untuk ke tandas. Namun kini, saya sudah dapat mengatasi rasa malas itu dengan memotivasikan diri sendiri, bahawa kerap ke tandas adalah petanda baik bukan sebaliknya. Untuk mengetahui bahawa saya minum air secukupnya atau tidak, saya menandakannya di dalam buku nota kecil seperti ini.

20150311_113339

Setiap hari saya tulis no 1 – 15. Jika kesemuanya bertanda bermakna saya berjaya minum air sebanyak 3 liter sehari. Setiap satu no bersamaan 200ml air yang telah saya ambil. Buku nota ini saya letakkan di atas bekas air, memudahkan bagi saya untuk menandanya. Mungkin anda juga boleh melakukan perkara yang sama untuk memastikan kuantiti air yang diambil adalah mencukupi.

Kenapa BAHAYA Kurang Minum Air

Dari sudut kesihatan, air amat berguna untuk tubuh. Kekurangan air dalam tubuh boleh mendatangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Jika selama ini ada hanya mengetahui kekurangan air dalam badan akan memberi kesan kepada buah pinggang, tetapi ia tidak setakat itu sahaja. Ada pelbagai lagi masalah kesihatan yang akan timbul disebabkan oleh kekurangan air dalam tubuh. Antaranya:

#1 – KEHILANGAN GARAM DAN CAIRAN TUBUH

Pasti akan berasa pelik tetapi itulah hakikatnya. Kekurangan sumber air akan membuatkan tubuh kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa kadar cairan dan garam. Tanda kekurangan air hingga mengakibatkan kekurangan garam ialah mulut dan bibir menjadi kering, mata terasa kering dan pedih serta tubuh menjadi terhidrat.

#2 – PENINGKATAN TEKANAN DARAH

Hipertensi sangat dekat dengan mereka yang kekurangan cairan ataupun mereka yang mengalami penghidratan. Ketika sel tubuh sedang menghadapi kekurangan air, tubuh akan memberikan isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia yang bernama vasopressin. Zat ini akan menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah tinggi anda.

#3 – KELETIHAN

Adakah anda pernah berasa amat letih walaupun tidak melakukan apa-apa kerja yang berat ketika itu. Ini petanda badan kekurangan air. Dehidrasi sedang berlaku dan disebabkan itu anda berasa amat letih dan mengantuk. Alasannya jaringan dan sel dalam tubuh tidak mendapat air yang mencukupi dan penambahan enzim menjadi amat lambat hingga mencegah tubuh menjadi lebih produktif dan aktif. Ada akan sentiasa menguap dan menjadi tidak bermaya. Jadi segeralah mendapatkan air dan bukannya terus tidur.

#4 – MASALAH PENCERNAAN

Kurang air juga akan mengganggu sistem pencernaan. Air diperlukan oleh tubuh untuk menghadamkan makanan yang masuk dan seterusnya mengeluarkan makanan yang tidak dapat dicernakan. Kekurangan air untuk menghadamkan makan akan menjadi racun di dalam tubuh. Masalah akan timbul ialah kembung, sakit perut, mual dan akan kehilangan nafsu makan.

#5 – PENAMBAHAN BERAT BADAN

Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan penambahan berat badan. Ini kerana kekurangan cairan dalam tubuh akan memberi kesan kepada tahap metabolisme badan. Apabila kadar metabolisme menurun ia sekali gus memberikan kesan kepada penambahan berat badan yang tidak sedari. Jadi sekiranya anda berasa dahaga jangan segera mengambil minuman manis sebaliknya minum dahulu air putih. Itu petanda bahawa badan anda sedang ‘meminta’ air.

#6 – JANGKITAN SALURAN KENCING

Pasti ramai yang pernah mengalaminya iaitu sakit ketika membuang air kecil. Itu adalah petanda tubuh kekurangan air. Gejala yang biasa terjadi ialah sakit ketika membuang air kecil, sakit punggung, urin akan menjadi warna keruh dan paling teruk ia akan mengandungi darah. Jadi segeralah mencari air sebelum ia menjadi lebih melarat.

#7 – KEJANG OTOT

Kejang otot juga boleh terjadi saat badan kekurangan air. Ini kerana otot menjadi lebih sensitif dan mudah menjadi kejang. Jadi teruslah meminum air putih sekurang-kurang lapan gelas sehari.

12 FAKTA MENARIK MENGENAI AIR PUTIH

  • Menjaga kesihatan dan kebersihan gigi dan mulut.
  • Melancarkan sistem pencernaan.
  • Memelihara fungsi ginjal.
  • Terapi untuk pelbagai penyakit.
  • Mengurangi risiko kanser.
  • Meredakan kepenatan.
  • Ubat semula jadi untuk sakit kepala.
  • Mengurangi kekejangan otot.
  • Dapat menjadikan kulit lebih halus dan mulus.
  • Dapat menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet.
  • Lebih produktif dalam bekerja.
  • Dapat menjaga hati dengan baik.

 

Advertisements
Posted in: Info