Selamatkah Kehamilan Jika Hidap Kanser

Posted on March 12, 2015

0


Disahkan menghidap kanser ketika sedang hamil bukan penamat hidup anda atau bayi. Jangan panik dan usah berfikiran jauh sehingga mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan. Perkara itu bukan sahaja dilarang dan haram di sisi agama jika ia disahkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan anak.

Selamatkah Kehamilan Jika Hidap Kanser

Ibu boleh meneruskan kehamilan dan melahirkan bayi jika:

  • Enam jenis barah yang lazim dihidap oleh wanita hamil, seperti barah payu dara, pangkal rahim, limfoma, tiriod, leukemia dan malignant melanoma.
  • Wanita hamil ini boleh meneruskan kehamilan dan melahirkan bayi yang sihat.
  • Sel kasner tidak merebak hingga mendatangkan kemudaratan kepada bayi.
  • Terdapat beberapa kes di mana sel kanser dikesan merebak sehingga ke bahagian uri, bagaimanapun sel itu mati di situ sahaja tanpa mampu merebak lebih jauh ke bahagian tubuh yang lainnya.
  • Ramai doktor O&G seiring pendapat pesakit yang menghidap kanser tidak perlu menggugurkan kandungan. Ini berdasarkan kajian mendapati bahawa perbuatan menggugurkan kandungan bayi langsung tidak memberi manfaat dalam usaha menghalang sel kanser daripada terus merebak di dalam tubuh pesakit.

LAMBAT DIAGNOSIS

  • Lakukan diagnosis awal bagi membolehkan doktor mengetahui tahap kanser yang dialami, barulah rawatan diberi berdasarkan usia kandungan.
  • Simptom kanser yang dihidap oleh pesakit hamil sama seperti mereka yang tidak hamil. Diagnosis terhadap golongan hamil agak lambat iaitu antara lima hingga 15 bulan. Begitu juga dengan prognosis (peluang untuk sembuh).
  • Jika diagnosis lambat dilakukan, tahap kanser lewat diketahui hingga boleh menyebabkan keputusan prognosis menjadi tidak bagus.
  • Harus diingat tahap kanser yang dialami menjadi teruk bukan disebabkan oleh kehamilan ataupun kandungan itu sendiri.
  • Biarpun kehamilan masih boleh diteruskan namun rawatan sewajarnya harus diberikan bagi memastikan wanita penghidap kanser dan bayi selamat.

KANSER PANGKAL RAHIM AMAT JARANG BERLAKU SEMASA HAMIL

  • Fakta menunjukkan wanita yang menghidap kanser jenis ini ketika hamil amat jarang berlaku. Hanya satu dalam 1000 kehamilan.
  • Sekiranya kanser ini dikesan di peringkat awal kehamilan, rawatan akan ditangguhkan dan pembedahan hanya akan dilakukan setelah selamat melahirkan.
  • Jika menghidap kanser ketika kandungan menghampiri usia sembilan bulan, rawatan tetap ditangguhkan sehingga bersalin. Dalam sesetengah kes induksi diberi bagi membolehkan proses kelahiran dipercepatkan.

HAKIKAT PERLU DIHADAPI IBU HAMIL MENGHIDAP KANSER

  • Sel kanser merebak dan menjadi tidak terkawal, jika kelewatan didiagnosis dan mendapatkan rawatan.
  • Jumlah hormon kehamilan dihasilkan ketika tempoh 40 minggu berpotensi menyebabkan komplikasi lebih serius.
  • Selepas disahkan bebas daripada kanser pangkal rahim, wanita boleh mencuba untuk hamil lagi selepas melepasi tempoh dua tahun.
  • Perlu diingatkan tahap kesuburan bekas pesakit kanser biasanya berkurangan. Ini boleh menyebabkan masalah kesukaran hamil terjadi.
Advertisements
Posted in: Info